Horizon – pelantar sosial VR dari Facebook

By Mike Hayate | October 29, 2021

Facebook kini cuba untuk mengubah media sosial mereka ke arah ‘metaverse’

Metaverse ialah di mana dunia fizikal dan dunia digital bertembung.

Setiap orang akan mempunyai avatar mereka masing-masing untuk berinteraksi semasa bermain, bekerja mahupun pergi ke konsert.

CEO Mark Zuckerberg hari ini sudah menunjukkan beberapa konsep dan pengumuman dan cubaan batu loncatan untuk realiti virtual dan realiti terimbuh ke arah metaverse.

Zuckerberg sudah membuat penyelidikan sebanyak beberapa bilion untuk pembangunan realiti virtual sosial.

Anda boleh membuat Messenger baru dalam VR dan beberapa headset VR baru juga akan datang.

Metaverse

Permainan Video

Facebook juga akan bekerjasama dengan Vertigo untuk lima permainan video baharu.

Beat Saber, Quest – satu battle royale shooter yang kini kian popular dalam VR.

Blade & Sorcery: Nomad juga akan dilancarkan untuk Quest nanti.

VR Grand Theft Auto: San Andreas juga akan dimasukkan ke dalam VR ini.

Tidak lupa Resident Evil juga akan dimasukkan dengan versi VR.

Fitness XR

Facebook juga tidak melupakan kesihatan.

Terdapat juga beberapa permainan video fitness di Oculus seperti bermain pedang.

VR untuk Kerja

Working in a Facebook Horizon Workroom. These were actually real people talking to me.

Facebook juga mahu menggunakan Quest for Business.

Anda boleh menggunakan Work Accounts untuk Quest 2.

Setiap perniagaan boleh dilakukan dalam dunia ini dan bakal bermula ke fasa ujian tahun ini dan open beta pada 2022 dan bakal dilancarkan pada 2023.

Penggunaan integrasi Spark AR

Facebook juga akan memberi peluang untuk pencipta AR meneroka dan sertai program baru bagi Spark AR Creator.

Walaupun kita masih jauh dari metaverse tetapi ini adalah permulaan yang baik untuk ke arah dunia ala-ala Ready Player One.