Horizon Zero Dawn Akan Hadir Dengan Kandungan Baru? – Lapor Lead Writer, Ben McCaw

By Hazril Md Nor | March 5, 2018

Dah setahun Horizon Zero Dawn dikeluarkan di PlayStation 4 dan ternyata, kita semua tertarik dengan kembara Aloy mencari kebenaran di sebalik dunia yang dipenuhi mesin berbahaya.

Sebagai peminat, mesti kita nak tahu apa kandungan yang tak berjaya dibawa ke permainan akhir (final game) lalu menimbulkan persoalan, kenapa?

Dalam segmen ‘Ask Me Anything’ (AMA) di Reddit baru-baru ini, Lead Writer, Ben McCaw mendedahkan fakta menarik yang peminat tertunggu-tunggu selama ini.

Pertama sekali, dia memberitahu ada beberapa wilayah (territory) yang dibuang dari permainan akhir tapi tak menjelaskannya. Seorang peminat bertanya apa elemen paling menarik yang mungkin boleh dibawa ke permainan akhir.

“Soalan ini membuatkan saya kembali mengingati masa lampau! Kami mempunyai perancangan bagi Aloy untuk menjelajah wilayah Oseram (dimiliki oleh Claim). Dia pastinya akan membuat kecoh di kawasan itu,” 

Tambahan, McCaw memberitahu Sony sebenarnya sangat menyokong development Horizon dan Guerilla Games diberi peluang untuk mempunyai creative control pada game itu. “Selain memastikan kisah mengenai mesin, puak dan bahaya di dunia, kami ingin ia menjadi lebih personal

“Kami ingin ia menjadi satu pengalaman menarik untuk generasi seterusnya juga. Ia adalah satu penceritaan khusus bagi seorang wanita yang ingin mencari ibunya. Daripada reaksi peminat, kami tahu kami telah berhasil meyakinkan semua,”

Ben juga mengacah plot dan progression mendapat inspirasi daripada filem epik seperti Ben-Hur dan The Ten Commandments. Sambung DLC The Frozen Wilds pula diinspirasikan dari filem sains fiksyen dari tahun 2010 (mungkin Tron: Legacy?)

Ada possibility untuk Guerilla Games memperkenalkan wilayah Oseram nanti? Nantikan!

Sumber: Comicbook