I am Fish -jadi pelarian ikan

By Mike Hayate | May 31, 2021

Curve Digital dan Bossa Studios mengumumkan video acah baru untuk I Am Fish. Permainan video ikan ini merupakan penyambung legasi I Am Bread. Dulu boleh jadi roti, kini anda jadi ikan pula. Anda boleh lihat video acah di bawah:

I Am Fish merupakan permainan video pengembaraan  berasaskan fizik. Menceritakan tentang empat ikan yang merupakan kawan baik dan cuma hendak bersama-sama seperti selalu. 

Anda boleh menjadi ikan emas, piranha, ikan terbang dan ikan puffer. Setiap ikan mempunyai keistimewaan masing-masing. Jadi anda boleh berenang, terbang dan bergolek dan juga menggigit semua benda yang ada untuk melepaskan diri.

I Am Fish akan tiba di PC di pelantar Steam dan Xbox One tahun ini.