Ikuti Panel Diskusi Esports & Game Development Dan Sertai Pelbagai Aktiviti Menarik di #mydigitalmaker Fair 2018

By Intan Mawarni | September 25, 2018

Dalam arus zaman moden ini, kita memang tidak dinafikan penggunaan teknologi digital digunakan secara menyeluruh oleh semua pihak tanpa mengenal usia.

Penggunaan teknologi digital yang efisien boleh menghasilkan kualiti produk bermutu tinggi selari dengan era pembangunan digital pesat masa kini dan masa akan datang. Kajian turut mendapati kira-kira 90% daripada pekerjaan masa hadapan memerlukan tenaga kerja yang cekap dalam teknologi digital.

Seiring dengan matlamat itu, #mydigitalmaker Fair 2018 merupakan satu acara anjuran oleh hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Tujuan utama #mydigitalmaker Fair 2018 untuk memberikan pendedahan kepada golongan belia terhadap peluang kerjaya dan potensi besar dalam industri teknologi digital.

Bertempat di Axiata Arena, edisi kedua #mydigitalmaker Fair 2018 membawakan ceramah kerjaya, bengkel dan pertandingan untuk mencungkil bakat golongan muda dalam industri teknologi digital seperti programming, game development, robotics, 3D printing dan banyak lagi.

Sepanjang hari Sabtu dan Ahad, pentas utama #mydigitalmaker Fair 2018 akan dihiasi dengan panel-panel membincangkan pelbagai topik mencakupi industri teknologi digital dari video game sehinggalah ke ecommerce.

Antara panel menarik adalah panel ‘Designing the future with our youth in Games Development and E-sports industry’ yang dibariskan tetamu-tetamu jemputan iaitu Timbalan Kementerian Belia & Sukan, YB Steven Sim, CEO & Director Metronomik, Wan Hazmer Wan Abdul Halim dan CEO Kitamen, Hazman Hassan.

Selain itu, korang juga boleh melawat booth Microsoft, Oracle Academy, Janalima, Google dan banyak lagi untuk mempelajari serba sedikit tentang artificial intelligence, programming dan lain-lain. Terdapat pameran dan pertandingan reka cipta yang mengasah bakat pelajar-pelajar sekolah seperti Sime Darby Young Innovators Challenge 2018, Battle of Digital Ninjas Competition dan banyak lagi.

Sambil-sambil itu, korang berpeluang untuk bermain game mobile yang dibangunkan oleh studio-studio tempatan dan berjumpa bersama streamer terkenal di booth MyGameOn.

Bagi peminat Mobile Legends pula, Kitamen menganjurkan kejohanan Mobile Legends yang menjemput barisan pasukan terbaik Mobile Legends bagi merebut hadiah wang terkumpul sebanyak RM5,000.

Nak tahu apa lagi yang menarik di #mydigitalmaker Fair 2018? Jangan lupa untuk pakat-pakat memeriahkan #mydigitalmaker Fair 2018 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 29 dan 30 September ini! Kemasukan adalah PERCUMA!