Ini Adalah Tarikh Baru Musim Liga MPL MY/SG Musim Kelima

By Hazril Md Nor | April 6, 2020

Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia dan Singapura (MPL MY/SG) Musim Kelima bakal menemui kemuncaknya apabila musim liga tinggal baki dua minggu lagi perlawanan.

Bagaimanapun, ada tarikh baru diumumkan iaitu pada 10 April hingga 12 April dan 16 April hingga 19 April. Perlawanan akan bermula pada 2 petang dan boleh disaksikan di laman Facebook rasmi  www.facebook.com/MobileLegendsGameMalaysia.

Berbeza dengan sebelum ini, keseluruhan perlawanan diadakan secara dalam talian dengan bantuan marshals (pengadil). Ini juga membolehkan pasukan dan pemain bertanding dari mana-mana sahaja dengan objektif untuk menjadikan liga ini tetap kompetitif.

Setakat ini, Geek Fam di tangga teratas dengan 9 mata perbezaan perlawanan diikuti dengan EVOS SG (5 mata). 

Di tangga tercorot adalah skuad Singapura, Notorious Villains dan Siren Clan masing-masing dengan -5 mata dan -6 mata.

kuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.