Ini antara deck terbaik patch 2.5.0 di Legends of Runeterra

By Hazril Md Nor | April 10, 2021

Legends of Runeterra baru-baru ini mengenakan beberapa nerf yang besar kepada champions seperti Fiora, Aphelios dan Twisted Fate. Disebabkan itu, ramai pemain yang bereksperimentasi dengan deck-deck baharu yang lebih agresif.

Ya, meta sekarang lebih kepada deck yang menggunakan kad-kad dengan keupayaan untuk menyerang secara terus kepada Nexus. Nak tahu kad mana sesuai untuk patch kali ini? Jom baca!

Ini adalah perhatian khusus oleh penulis berdasarkan statistik daripada Lor.Mobalytics.

 

Elise Agro

Seperti yang kita tahu, Elise merupakan champion yang mempunyai keupayaan untuk memanggil labah-labah dan akan level up jika terdapat tiga labah-labah di medan pertarungan.

Mudah bukan? Level up ini kemudiannya akan menjadi kesemua mereka mempunyai challenger dan fearsome. Ini bermakna anda boleh melawan kad musuh dengan menarik mana-mana kad dan hanya kad dengan 3+ daya serangan boleh menghalang unit-unit anda.

Deck ini juga memanfaatkan agresif daripada Legion Rearguard (yang telah menerima buff) dan Legion Saboteur. Ditambah lagi dengan kehadiran labah-labah lain di medan pertarungan, mudah untuk anda menjatuhkan musuh yang menggunakan deck late game seperti Aurelion Sol dan Nautilus.

Kod: CECAIAIDAIHSQNYDAMCQGBAGAMAQKJZVHAAQEAYDAIBACAYZFYAQEAYEAEAQCAYM

 

Agro Lucian+Azir (Rally)

Deck ini mengutamakan objektif untuk menang secepat mungkin dan mendapat kelebihan dari rally (ekstra attack token). Kehadiran Azir membolehkan anda menaikkan level beliau tanpa perlu letakkan di medan. Bagi Lucian pula, ia satu kombo bagus kerana unit Azir mempunyai Ephemeral dan kematian kad anda akan mempecepatkan level up bagi Lucian.

Ditambah dengan Emperor’s Dais, membolehkan anda menetak musuh dengan damage tinggi. Kad ini juga mengutamakan Inspiring Marshal yang boleh menambah daya serangan kad diletakkan di medan. Ditambah lagi dengan kad abiliti Scout seperti Valor dan Grizzled Ranger, membolehkan anda main dengan begitu agresif.

Bagi penulis, deck ini sangat kuat jika anda di posisi menyerang. Azir dan Lucian adalah antara kombo paling menakutkan patch kali ini.

Kod: CECAIBAHAMNDGOIEAEAASFIWDUBQEAACA4EQCAYABYAQEAIAGM3AA

 

Perisai Shen dan Jarvan IV

 

Jarvan IV adalah kad yang baru diperkenalkan dalam kemaskini besar Empire of the Ascended. Bagaimanapun, ia jarang digunakan kerana stat yang agak lemah. Oleh itu, Riot telah pun buff Jarvan dan ia paling sesuai dimainkan bersama Shen kali ini.

Deck ini mengutamakan elemen pemberian perisai kepada unit dengan keupayaan challenger. Sebagai contoh, Riposte, Golden Aegis adalah kad bantuan yang memberikan perisai. Ditambah lagi dengan Screeching Dragon yang mempunyai Fury dan challenger, perisai ini sangat sesuai untuk level up Jarvan IV juga.

Bagi melawan musuh yang mengharapkan spell kuat untuk mematahkan strategi anda, terdapat kad Nopeify! dan Deny untuk counter balik.

Kod: CECAEAIABEFQEAYAAYHAEAICEAVQCBAABACAGAIADIOSKAYBAIJSKMICAQAAECQBAIAACAIBAMBBI

 

Teemo + Noxus

Penggunaan kad Teemo biasanya bersama kad-kad lain yang membolehkan pasifnya menjadi lebih hebat. Biasanya, Teemo akan digunakan untuk menanam sebanyak mungkin Poison Mushrooms di dalam timbunan kad musuh. Oleh itu, kali ini, champion ini akan digunakan sebagai strategi agresif.

Teemo akan digandingkan dengan kad dari Noxus seperti Legion Rearguard dan Saboteur serta kad lain seperti Imperial Demolitionist untuk mengenakan serangan pada Nexus bagi mengaktifkan pasif Teemo.

Deck ini memang agresif dengan Decimate dan Aftershock. Bagaimanapun, ia tak boleh lawan spell yang kuat ataupun melindungi Teemo dari Mystic Shot.

Anda perlu berhati-hati untuk menggunakan Teemo ketika berdepan musuh dengan deck yang banyak menggunakan spell serangan.

Kod: CECAGAIDAISSQBIBAQEBCJZUGYBAGBAFBMBAEAYDAQAQEAIDBQXAA

 

Counter-meta (Shyvana)

Kad yang mempunyai elusive seringkali menjadi meta. Oleh itu, deck yang mengutamakan Shyvana, Aurelion Sol dan Jarvan ini mampu mematahkan strategi tersebut. Deck ini dihasilkan oleh Youtuber popular, M0gwai.

Menggunakan Herald of Dragons yang boleh mengurangkan kos kad Naga sebanyak 1, ia membantu untuk anda panggil naga-naga lain di medan. Malah, Shyvana boleh dipanggil pada giliran ketiga jika HoD diletakkan di medan pada giliran kedua.

Deck ini juga mempunyai banyak kad spell-counter untuk kad Elusive. Sebagai contoh, Strafing Strike boleh menambahkan nyawa kepada kad Naga ketika ia melawan kad Elusive. Jika ada counter-spell, anda boleh gunakan Sharpsight atau Single Combat.

HoD juga efektif jika dikekalkan selepas giliran keenam. Jika ada Eclipse Dragon dan Auerelion Sol di tangan, gunakan Eclipse untuk mengurangkan kos Aurelion Sol. Ditambahkan lagi dengan HoD, Sol boleh digunakan pada giliran ketujuh/kelapan.

Kad ini juga pertama kali menggunakan Dragon Chow sebagaimana penambahan untuk patch Empire of Ascended. Kad tersebut memberikan nyawa dan daya serangan serta draw satu kad.

Jarvan IV pula digunakan hanya untuk Challenge musuh terkuat sementara naga anda mengenakan damage yang tinggi pada Nexus lawan.

Kod: CECACBAABYBQGAACBAFQGAYJBZEGIAIBAANAEAYDBETDGVYCAMAAMDQFAIBQAAYFAEBQSVIBAEABKAICAAAQCBAABA