Ini cara untuk memindahkan data Pokemon Unite daripada Switch ke iOS, Android

By Taib Mohamed | September 23, 2021

Pokemon Unite adalah permainan MOBA yang menerima sokongan rentas platform di mana pemain Nintendo Switch boleh bermain bersama pemain di peranti Android dan iOS. Melalui sokongan ini juga, pemain boleh memindahkan data daripada Switch ke peranti mudah alin yang lain. 

Perlu diingatkan, pemain yang pertama kali membuka Pokemon Unite di peranti baru, pastikan anda segera daftar masuk akaun Nintendo atau Pokemon Trainer Club sedia ada untuk dipautkan dengan data yang tersimpan. Ini adalah untuk mengelakkan pembikinan akaun baru di peranti baru. 

Memindahkan data daripada Switch ke peranti mudah alih

  1. Pertama sekali, kenal pasti akaun Nintendo atau Pokemon Trainer Club yang dipautkan dengan Nintendo Switch.
  2. Kemudian, mulakan Pokemon Unite di peranti yang ada mahukan.
  3. Ketika di skrin daftar masuk, perhatikan pilihan daftar masuk.
  4. Pilih daftar masuk menggunakan akaun Nintendo atau Pokemon Trainer Club yang sama dengan Nintendo Switch anda.
  5. Apabila selesai, anda kini bermain menggunakan data yang sama di kedua peranti secara silang-hubung.

Memindahkan di antara peranti mudah alih

  1. Untuk peranti mudah alih, anda perlu memautkan satu daripada 4 akaun untuk silang platfrom.
  2. Untuk ini, anda hanya perlu ke Tetapan, dan ke bahagian Daftar Masuk Akaun. Anda perlu hubungkan daripada akaun:
    • Nintendo
    • Pokemon Trainer Club
    • Google
    • Facebook
    • Apple
  3. Apabila sudah dipautkan, muat turun aplikasi Pokemon Unite di peranti Android atau iOS  yang anda mahu pautkan. Selebihnya, proses adalah sama seperti antara Switch dan peranti mudah alih.

Sumber: GamingonPhone