Ini dia 4 kebaikan permainan video yang anda perlu tahu

By Hazril Md Nor | October 27, 2020

Main game bukan sekadar suka-suka. Secara tak langsung banyak manfaat yang kita dapat meluangkan masa untuk permainan video.

Ini dia empat sebab kenapa permainan video menjadi hobi ramai orang terutamanya gamers yang tegar dan gemar berinteraksi secara dalam talian.

 

1. Boleh tambah kenalan baru

Musim COVID-19 ini, ramai yang memilih untuk berada di rumah. Bagi gamers, semestinya mereka memanfaatkan masa ini dengan bermain game seperti Among Us, Genshin Impact, permainan di PC, konsol dan sebagainya.

Tidak perlu dinafikan lagi, salah satu kebaikan bermain permainan video adalah menambah kenalan baru. Ramai kenalan maya yang akan anda jumpa. Bagi penulis, kenalan ini juga boleh menjadi rakan yang baik dan rapat. Buktinya, permainan seperti Ragnarok Mobile terutamanya menitikberatkan pemain yang perlu aktif berada dalam kumpulan. Mereka bukan saja berkongsi maklumat di Whatsapp atau Discord tapi juga membuat gathering untuk mengeratkan silaturrahim.

 

2. Bermain secara kompetitif boleh tingkat kemahiran dalam permainan 

Bagi anda yang suka bermain permainan video yang kompetitif di mana-mana platform, ia secara tidak langsung menggalakkan anda untuk menjadi yang lebih baik dalam permainan dan memperbaiki kekurangan.

Sebagai contoh, sebelum menyertai pertandingan e-sukan walau sekecil mana pun memerlukan anda mengatur strategi, membuat latihan dan yang paling penting perlu serasi bersama kawan seperjuangan. Ini secara tidak langsung bantu anda untuk lebih bertoleransi, memahami kawan-kawan dan banyak lagi.

Bayangkan selain bertambah baik dalam game, anda juga akan belajar kemahiran berinteraksi dan sukar untuk menyerah kalah sebelum bergelar juara. Ini semua hanya boleh didapati melalui pengalaman.

 

3. Permainan video boleh tingkatkan kemahiran bersosial

Kebanyakkan orang fikir bermain permainan video membuatkan seseorang tidak bergaul atau dipanggil sebagai anti-sosial kerana anda lebih suka duduk di rumah berbanding keluar bergaul-gaul dengan orang luar.

Sebaliknya, main game online atau game sosial sebenarnya membuatkan pemain lebih senang bersosial dengan orang lain.

Pada tahun 2009, kajian melihatkan perbandingan antara pelajar sekolah Singapura, kanak-kanak Jepun dan pelajar kolej Amerika Syarikat dan dapatan kajian menunjukkan game sosial dan online melahirkan individu ramah-tamah.

 

4. Permainan video boleh mengurangkan tekanan perasaan

Walaupun ketagihan video game diklasifikasikan sebagai satu penyakit mental, bermain video game sebenarnya boleh dijadikan sebagai satu penawar stres jauh lebih efektif berbanding sesi kaunseling biasa.

Pada tahun 2012, penyelidik di New Zealand menjalankan kajian melibatkan 168 remaja kira-kira berusia 15 tahun yang mana separuh daripada mereka diasingkan untuk menerima sesi kaunseling manakala separuh lagi main game fantasi SPARX yang membolehkan mereka untuk reka avatar tersendiri untuk “mengeluarkan pemikiran negatif”.

Setiap tahap dalam game itu mengajar pemain tentang fakta asas tentang kemurungan, strategi untuk menangani tekanan dan teknik mencari ketenangan.

Dapatan kajian SPARX juga sangat menggalakkan. Kira-kira 44% pemain SPARX sembuh dari kemurungan berbanding hanya 26% daripada mereka yang sembuh melalui sesi kaunseling.

——-

Haa untuk anda yang suka main game dan buat pembelian,  jom guna aplikasi Celcom Life dan menangi Perodua Myvi serta banyak lagi hadiah menarik!

Inilah peluang untuk anda menang besar! Anda hanya perlu muat turun dan gunakan aplikasi Celcom Life. Tambah nilai, bayar bil, beli Add-Ons, pas dan lain-lain di Celcom Life ataupun daftar untuk pelan baru menerusi Celcom Online Shop.

Download aplikasi Celcom Life dekat link ini! Android, iOS, App Gallery

Lebih banyak transaksi dibuat di aplikasi ini, maka lebih tinggi peluang untuk menang. Hadiah menarik menanti:

  • Hadiah utama – Perodua Myvi (1 unit)
  • Honda BeAT Scooters (3 unit) 
  • Samsung Galaxy S20+ (3 unit), 
  • Apple AirPods (5 unit) 
  • 1 tahun pengabaian bil pascabayar (15 unit) 
  • Penginapan di hotel – 3 hari 2 malam (10 unit) 
  • Baucar RM10 Touch ‘n Go (1800 unit) 
  • Baucar RM5 Touch ‘n Go (4500 unit) 

Celcom Life membolehkan anda membuat pelbagai transaksi dengan mudah, cepat dan yang penting, sepanjang hari! 

Peraduan ini akan berakhir pada 31 Disember 2020. Jangan lepaskan peluang!

Untuk info lanjut, anda boleh layari laman sesawang Celcom.

Imej: Forbes