Ini Dia 6 Games Sesuai Untuk Dimainkan Ketika Hari Raya Aidilfitri

By Hazril Md Nor | June 13, 2018

Hari Raya Aidilfitri disambut dengan kehadiran jiran tetangga, saudara mara dan ruang untuk bermaafan bersama keluarga. Boleh dikatakan, bulan Syawal ini penuh kemuliaan untuk berbuat perkara baik. Tapi dalam konteks gamers, mereka juga ada cara tersendiri untuk menyambut Syawal.

Bagi sesiapa yang dah balik ke kampung halaman, mungkin ada antara korang yang membawa balik PlayStation 4 untuk dimainkan bersama sepupu di kampung. Ditambah pula dengan kehadiran konsol hibrid Nintendo Switch dan permainan multi-pemain di peranti pintar, memberi kita banyak pilihan sebenarnya untuk bermain game ketika menyambut Hari Raya. Game apa paling sesuai dimainkan ketika bulan Syawal? Jom baca artikel di bawah!

1. FIFA 18 / PES 2018

Memang tak boleh nafi lah, game bola sepak menjadi kegemaran dan pilihan semua tak kira musim. Selain mempunyai sokongan multi-pemain sehingga dua orang, pastinya ia permainan sesuai untuk test skill dengan sepupu yang dah lama ‘acah bagus’ dengan korang. Sempena demam World Cup ini juga, kedua-dua permainan bola sepak digital ini patut ada dalam koleksi korang time Raya.

Kalau korang dah rasa hebat main seorang diri dekat rumah, ini lah masanya tunjuk hebat dengan saudara mara lain di kampung halaman. Selain sibuk beraya, mesti meriah satu rumah menjerit Gol! Golll!

 

2. PUBG Mobile / Fortnite Battle Royale / Free Fire

Penulis memang ingin elak senaraikan permainan ini tapi kerana popularitinya yang meluas di seluruh dunia, kita pasti taknak ketinggalan. Tipulah kalau balik kampung tak ada siapa yang tiba-tiba menjerit Chicken Dinner! Sekarang dah ada dekat telefon pintar, mesti tak payah risau lagi untuk rapatkan silaturahim melalui permainan multi-pemain ini.

Disebabkan ia berada di telefon pintar, mungkin lepas habis berjumpa dan berborak dengan saudara-mara, ajak mereka sebentar untuk test skill masing-masing. Kalau korang dulu loner main seorang diri, inilah masanya untuk bersosial. Mulakan dengan saudara terdekat dulu!

Tapi kalau nak feel Raya, pergilah rembat ketupat di Free Fire!

Download Free Fire di sini: iOS, Android
Download PUBG Mobile di sini: iOS, Android
Download Fortnite Mobile di sini: iOS

 

3. Mobile Legends / Arena of Valor / Onmyoji Arena

Permainan fenomena di seluruh dunia ini juga sama seperti bola sepak, tak ikut musim. Pendek kata, bila-bila pun korang boleh buka aplikasi dan mula main. Selain boleh gelak-gelak bincang apa item terbaik untuk hero, korang juga boleh cuba pelbagai mod multi-pemain di dalam permainan ini.

Tapi jangan lupa, sambungan Internet yang laju adalah amat disarankan. Jangan pula sebab lagging, korang salahkan sepupu tak pandai main sebab noob. Nanti sia-sia je kena marah! 

Download Mobile Legends di sini: iOS, Android
Download AOV di sini: iOS, Android
Download Onmyoji di sini: iOS, Android

 

4. Resident Evil 5 dan 6

Kalau yang jenis suka tembak-menembak pula, boleh cuba main siri Resident Evil. Korang tak perlu main dari awal (1 hingga 4) untuk memahami jalan cerita kerana Resident Evil mempunyai plot yang mudah difahami. Boleh dimainkan sehingga dua orang, kembara bersama dalam usaha melenyapkan wabak zombi yang melanda bumi.

Judul keenam terutamanya mempunyai empat kempen untuk dimainkan. Korang kawal seorang karakter dan perlu mengumpul peluru, herba dan senjata-senjata berkuasa untuk melawan geng-geng zombi! Kalau dah bosan sangat main game yang tak mencabar, cuba lah ON difficulty No Hope tu. Cuba je, kalau korang lepas, memang hebat lah!

 

5. Mario Kart 8 Deluxe

Karakter Mario, siapa tak minat? Kali ini Nintendo Switch melancarkan Mario Kart 8 Deluxe sebagai permainan kekeluargaan yang sangat best dan tak boring. Korang mengawal satu daripada puluhan karakter yang boleh dipilih untuk berlumba. Paling menarik, boleh customize kenderaan korang untuk menonjolkan cita rasa masing-masing. 

Dalam permainan yang menggunakan format lap dalam perlumbaan, korang akan pick up power-ups untuk menyerang musuh dari belakang. Dalam game ni juga, yang ketinggalan di belakang sekali memang ada peluang nak menang. Jadi noob macam mana pun, korang ada can la nak jadi top 4. 

 

6. Rocket League

Ia mudah, seronok dan paling perfect untuk main bersama keluarga dan saudara mara di konsol! Ia adalah permainan co-op dan juga mencabar tapi sesuai dimainkan semua lapisan umur. Korang mengawal kereta yang perlu digerakkan bagi merebut bola. 

Yang paling menarik, ada pelbagai power-ups seperti speed boost untuk bergerak laju di dalam medan pertarungan dan keupayaan karakter untuk melompat di udara bagi ‘menanduk’ bola. Selain FIFA/PES, Rocket League adalah permainan bola-sepak alaf baru yang berbeza daripada gameplay tradisional.

Nota editor: Jadi ini lah antara permainan di konsol dan peranti pintar yang korang boleh main dengan kawan-kawan, saudara mara di kampung. Penulis bukan taknak letakkan senarai game di PC tapi secara logiknya, tak semua ada PC dekat rumah. Jadi enjoy lah main di konsol dengan smartphone korang. 

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Team MyGameOn! Semoga Hari Raya korang tahun ini lebih meriah dan ceria berbanding dulu. Kalau tak happy tu, terus ajak sepupu korang ‘sepam dua’ dulu game dan borak-borak pasal life. Hidup ni tak boleh serius sangat!