Inilah 5 pemain yang ‘kantoi’ menipu dalam game

By Mike Hayate | February 16, 2022

Permainan video kompetitif tidak pernah terlepas dari adanya penipu.

Kali ini terdapat beberapa penipu dalam permainan video yang boleh dikatakan perbuatan memakan diri.

1. Yyyungg (Call of Duty)

YYYUNGG pada awalnya antara pemain Call of Duty yang bakal menjadi pemain profesional dan ramai peminat.

Namun, dia sendiri tersalah langkah dalam menunjukkan dirinya sendiri sedang menipu.

Ketika menunjukkan tab, Yyungg membuka aplikasi penggodam itu tapi tiada apa berlaku.

Namun apabila memasuki Call of Duty semula, dia terlupa untuk menutup hack yang dibukanya semasa strim.

2. Solista (VALORANT)

Solista dahulunya baru saja menjana populariti apabila bermain VALORANT.

Namun Solista akhirnya didapati menipu apabila terdapat beberapa tembakan yang dilakukannya tanpa menekan butang tetikus.

Ada orang menyedari hal ini dan apa yang menakjubkan Solista masih tidak mahu mengaku bersalah dan mengatakan dia menggunakan kunci spacebar untuk menembak.

Solista kini menutup semua sosial media dan senyap begitu sahaja.

3. Ryut (Valorant)

Ryut adalah salah seorang bekas pemain profesional Valorant.

Apa yang mengejutkan Ryut didapati menipu ketika bertanding dalam Valorant TGS Signature Series.

Walaupun pertandingan itu cuma pertandingan kecil tetapi Ryut menggunakan wall hacks.

Ryut kini dibuang dari pasukan TeamTokyo dan kini menutup Discord dan Twitter.

4. Nickeh30 (Fortnite)

Penipuan adalah perkara yang tidak asing lagi untuk Fornite tetapi Nickeh30 melakukan sedikit penipuan yang agak pelik.

Fortnite ketika ini sedang mengadakan penstriman amal bersama-sama ramai personaliti Fortnite.

Nickeh30 pula melanggar peraturan perlawanan itu dengan keluar dari zon yang ditetapkan.

Namun kes ini terlepas begitu sahaja malah Nickeh30 juga mendapatkan tempat keenam sekaligus mendapat wang untuk badan amal yang bakal menerima wang itu.

5. Annie Rog (PUBG Mobile)

Annie Rog adalah salah seorang penstrim PUBG Mobile terkenal suatu ketika dahulu.

Apa yang memalukan Annie Rog terlupa untuk menutup hack yang dibukanya dan ramai orang sedar Annie sebenarnya menggunakan hack.

Annie pula bertindak berpura-pura tidak mengetahui apa yang berlaku.

Siapa lagi pemain permainan video yang anda tahu pernah membuat perkara seperti menipu?