Inilah Juara-Juara Mobile Legends, PUBG Mobile Dan CS:GO Open Di Celcom #XPAXKEK Semester 2 Zon Timur

By Hazril Md Nor | November 1, 2019

Celcom XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus (XPAXKEK) Zon Timur berlangsung dengan jayanya pada 26 dan 27 Oktober lepas di Kuantan City Mall, Kuantan, Pahang.

Pelbagai aktiviti menarik seperti main game percuma, persembahan artis, wacana pendidikan dan cabutan bertuah menanti begitu ramai pengunjung yang menghadiri lokasi ini.

Terdapat 3 game yang dipertandingkan pada hujung minggu lepas iaitu Mobile Legends: Bang Bang, PUBG Mobile dan Kategori Terbuka CS:GO.

 

Mobile Legends: Bang Bang

Juara: Light X Friends – IIUM Kuantan 

 

Naib juara: PARAHMEN – Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)

Tempat ketiga: Geng Gajah – Universiti Malaysia Pahang (UMP)

 

PUBG Mobile

Juara: Mad Scientist – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Naib juara: LastxPMS ESPORTS (Politeknik Muadzam Shah)

Tempat ketiga: DXD Raven – Tati University College (TATIUC)

 

Kategori Terbuka CS:GO

Juara: Shaun Yong Jun Xien (ShY)

Naib juara: Mohammad Syahim Ashraaf Bin Mohd Sukri (Adobe)

——

Setiap juara ini kecuali CS:GO Open akan berentap di pentas Grand Final dan bakal berentap di The Curve, Damansara pada 22, 23 & 24 November ini dan yang paling menarik, penerbangan mereka akan ditaja oleh Malindo Air dan Hotel Royale Chulan bagi penginapan untuk atlet-atlet yang layak.

———

Edisi kedua Celcom XPAXKEK membawakan 3 kategori pertandingan iaitu Mobile Legends: Bang Bang, PUBG Mobile dan CS:GO Open dengan jumlah hadiah wang terkumpul sebanyak RM180,000.

Mengikut format semester lepas, pelajar-pelajar bertanding dalam lima zon iaitu:

  • Borneo (Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah & Sarawak) – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kuching pada 21 & 22 September 2019 
  • Selatan (Negeri Sembilan, Melaka & Johor) – Paradigm Mall, Johor Bahru pada 27 & 28 September 2019
  • Tengah (Kuala Lumpur, Selangor & Putrajaya) – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam pada 5 & 6 Oktober 2019
  • Utara (Perak, Penang, Perlis & Kedah) – Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Induk Pulau Pinang pada 12 & 13 Oktober 2019
  • Pantai Timur (Kelantan, Terengganu & Pahang) – Kuantan City Mall, Kuantan, Pahang pada 26 & 27 Oktober 2019
  • Grand Finale – The Curve, Damansara pada 22, 23 & 24 November 2019

Pasukan-pasukan berdaftar akan bertanding bagi merebut kedudukan 16 terbaik dalam peringkat online. 16 pasukan yang layak untuk kedua-dua game akan mara ke setiap zon bermula dari UNIMAS, Sarawak.

Pemenang pasukan dari setiap zon ini akan merebut gelaran juara keseluruhan dan hadiah wang terkumpul RM180,000 di The Curve, Damansara pada akhir November. Lebih menarik, kampus yang mengumpul mata tertinggi akan menerima biasiswa bernilai RM50,000 dibawakan oleh Celcom Xpax.

Pada semester lepas, juara keseluruhan disandang oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS), tempat kedua dimenangi oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan tempat ketiga diperoleh oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

XPAXKEK Semester 2 dicetuskan secara eksklusif oleh Celcom XPAX, diaktifkan oleh Legion by Lenovo, Realme Malaysia, Malindo Airways, Honda Malaysia, Rohto Mentholatum, Lazada, Fitlion, Royale Chulan Hotel & OYO Hotels dan disokong oleh MDEC, Mobile Legends E-Project, KBS & ESM.