Inilah proses pemilihan atlet e-sukan ke Sukan SEA Hanoi, 2022

By Mike Hayate | February 11, 2022

Persekutuan E-Sukan Malaysia (MESF) sudah mengumumkan bahawa Malaysia bakal mengadakan pemilihan untuk ke Sukan SEA Hanoi 2021 bermula 21 Februari ini hingga 6 Mac.

MESF akan membuat pemilihan dengan mengadakan pertandingan kebangsaan untuk layak ke SEA Games Hanoi 2021.

MESF kini dalam misi untuk mencari atlet terbaik untuk mewakili Malaysia ke acara berpingat ini dan menaikkan nama negara.

Sukan SEA Hanoi 2021 akan membawa 10 e-sukan untuk acara berpingat.

Malaysia bakal bertempur dalam 9 daripada 10 acara e-sukan yang disenaraikan oleh Vietnam iaitu:

  • Mobile Legends: Bang Bang
  • PUBG Mobile (Solo)
  • PUBG Mobile (Squad)
  • League of Legends: Wild Rift (Women)
  • League of Legends: Wild Rift (Men)
  • Garena Free Fire
  • FIFA Online 4
  • League of Legends
  • Arena Of Valor

Terdapat dua jenis pemilihan iaitu Kelayakan Tertutup dan Kelayakan Terbuka.

Kelayakan Tertutup (Pasukan Jemputan sahaja)

PUBG Mobile – PMPL MYSGPH Musim Kelima

Mobile Legends: Bang Bang: MPL Malaysia Musim Kesembilan

Garena Free Fire – MCP Majors Musim Ketiga

Setiap pemain difahamkan akan dipilih dari liga ini yang kemudiannya mereka akan menyertai pemilihan Sukan SEA ini pada hari yang tiada liga.

Kelayakan Terbuka

PUBG Mobile (Solo)

League of Legends: Wild Rift (Women)

League of Legends: Wild Rift (Men)

FIFA Online 4

League of Legends

Arena Of Valor

Setiap atlet yang terpilih akan mewakili Malaysia dan akan menyertai bootcamp selama dua bulan di Casa Bukit Jalil dan di EBN Esports Arena di Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Ini bermakna nama-nama kontinjen negara akan diumumkan pada 7 Mac manakala 14 Mac pula akan dimulakan sesi kem latihan (bootcamp).

Sebelum ini Skuad Malaysia pernah memenangi pingat emas untuk Hearthstone dan pingat gangsa untuk Mobile Legends: Bang Bang.

“Kemasukan e-sukan ke SEA Games untuk dua tahun berturut-turut menunjukkan sukan ini telah diambil serius di serata global. MESF akan cuba meningkatkan lagi ekosistem e-sukan negara.” ujar Dato’ Ananth S.Nathan, Presiden MESF.

“Saya juga mahu menggunakan peluang ini untuk berterima kasih dengan Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negara atas kerjasama dalam kolaborasi ini semasa proses kelayakan.” tambah beliau lagi.

Vietnam bakal menjadi tuan rumah untuk SEA Games Hanoi 2021 dari 12 sehingga 23 Mei 2022.

Ini adalah kali kedua e-sukan dimasukkan ke SEA Games selepas kemunculan rasmi pertama di Manila 2019.

Majulah E-sukan untuk negara!