Inilah Senarai Game PC Semurah RM15 Ke Bawah Di Steam Autumn Sale

By Intan Mawarni | November 26, 2018

Steam Autumn Sale sudah pun bermula sejak dari 21 November dan ini adalah antara acara jualan tahunan bagi Steam sempena Black Friday.

Seperti biasa, Steam memang tidak pernah mengecewakan pemain dengan tawaran game PC dengan harga teramatlah murah sehingga korang terpaksa sembunyi dompet atau mengelakkan diri daripada melayari Steam sampailah jualan habis.

Sekiranya korang mengalami kekangan bajet ataupun ada lebihan Steam credit, jangan risau. Kami usulkan cadangan senarai game PC terbaik yang korang boleh dapatkan dengan hanya RM15 ke bawah! Dari game seram sehingga ke game strategi, inilah senarai game RM15 ke bawah yang korang patut beli.

Assassin’s Creed 2
  1. Assassin’s Creed 2 Deluxe Edition – RM11.90
  2. Bayonetta – RM13.60
  3. Siri Batman: Arkham – Batman: Arkham Knight (RM9.50), Batman: Arkham City (RM9.50), Batman: Arkham Asylum (RM9.50
  4. Siri Bioshock: Bioshock Remastered (RM9.50), Bioshock 2 Remastered (RM9.50) & Bioshock Infinite (RM14)
  5. Siri Borderlands – Borderlands (RM14), Borderlands 2 (RM9.50)
  6. Cities: Skylines – RM14
  7. Dishonored – RM9.87
  8. Fallout: New Vegas – RM7.59
  9. L.A. Noire – RM10.85
  10. LEGO Star Wars – The Complete Saga – RM13.65
  11. Life is Strange 2: Episode 1 – RM13.00
  12. Siri S.T.A.L.K.E.R – S.T.A.L.K.E.R: Call of Pripyat (RM11.40), S.T.A.L.K.E.R: Clear Sky (RM6.90), & S.T.A.L.K.E.R Shadow of Chernobyl (RM11.99)
  13. Sniper Elite 3 – RM11.20
  14. Sleeping Dogs: Definitive Edition – RM8.40
  15. This War of Mine – RM11.40
  16. The Sims 3 – RM14.00

Ini cuma mukadimah untuk berjuta-juta game murah yang dijual dalam Steam. Korang boleh tinjau dulu di Steam sebelum tawaran ini berakhir pada 28 November.

Kalau kami ada terlepas tawaran game yang memang berbaloi di Steam Autumn Sale, kongsikan pendapat korang di Facebook kami!