Injustice: Gods Among Us Ultimate Edition percuma di PC, PS4, dan Xbox One

By Burhanudin Zamri | June 20, 2020

Bermula dari sekarang sehingga 26 Jun ini, anda boleh mendapatkan permainan video perlawanan Injustice: Gods Among Us Ultimate Edition secara percuma. Tebuskannya sekarang dan ia akan menjadi milik anda selama-lamanya.

WB Games telah mengumumkan bahawa permainan video tersebut boleh didapatkan secara percuma di PC melalui Steam, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One.

Jika anda meminati permainan video perlawanan, lagi-lagi yang mengandungi adiwira-adiwira DC seperti Superman dan Batman, pastikan anda tidak terlepas tawaran percuma ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.