“Internet di Vietnam perlahan sangat,” – Imam

By Habil Izzat | May 24, 2022

Menerusi sebuah hantaran Instagram emak_moba, pemain Mobile Legends Filipina, Imam atau lebih dikenali sebagai Hadji, menyatakan bahawa internet di Vietnam perlahan sangat dan menyebabkan mereka mengahadapi masalah lag.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Game MLBB Mobile Legends ML (@emak_moba)

“Di sini lag sangat, internetnya sangat perlahan. Tidak seperti di Filipina, internat kami lagi laju.

“Kami memang menghadapi masalah lag ketika itu, ping saya mencapai 37ms sama seperti kami melakukan scrim dengan negara lain. Tidak seperti di MPL PH, ping kami hanya 4ms sahaja” katanya.

Imam juga mengatakan sebab acara pemberian medal dilambatkan adalah kerana Indonesia tidak mahu menerima kekalahan.

“Mereka tidak terima kekalahan jadi disebabkan itu acara pemberian medal dilewatkan,” katanya.

Di ruangan komen hantaran itu, terdapat bekas pengurus Moonton Indonesia, Lius Andre, memberikan pendapatnya berkaitan isu ini.

“Jika ia berdasarkan prosedur MPL/MDL, ujian ping perlu dilakukan sebelum perlawanan. Beberapa nombor pelayan akan diuji dan akan menggunakan pelayan dengan ping terendah yang dipersetujui oleh kedua-dua pasukan.

“Kemudian, jika seseorang meminta jeda (pause), pengadil di belakang pemain akan melihat sama ada ia benar-benar masalah atau tidak.

“Sebagai contoh, pemain mengatakan ia pepijat, apakah betul itu masalah pepijat itu, jika masalah framing, telefon bimbit itu benar-benar framing ataupun tidak, kemudian apabila ia berkata lag, pingnya itu benar-benar merah atau tidak.

“Saya mengetahui perkara ini kerana saya mendapat peraturan ini langsung dari sukan SEA dan pengadil dari sana,” tulisnya di ruangan komen.

Foto: Instagram Hadji