Isu Pai: MPL ID selesai jalankan siasatan, tiada remake dibuat

By Hazrul Md Nor | April 22, 2022

Sebelum ini terdapat isu lag di dalam perlawanan hari pertama Liga Profesional Mobile Legends (MPL ID) musim ke-9 di antara EVOS Legends dan Alter Ego.

Isu itu menyebabkan ahli pasukan Alter Ego iaitu Pai yang menggunakan Phoveus di perlawanan kelima tidak boleh bergerak apabila mereka menyerang base pasukan EVOS Legends.

Ini menyebabkan EVOS Legends melakukan comeback dan mereka berjaya mendapatkan kemenangan.

https://www.instagram.com/p/CcqHRqKB6w7/

Selepas siasatan dilakukan, MPL ID sebulat suara menyatakan tidak akan ada perlawanan semula (Remake) selepas meneliti segala aspek yang berlaku di perlawanan kelima itu.

Mereka juga sudah menyampaikan keputusan itu kepada kedua-dua belah pihak. EVOS dan Alter Ego menerima keputusan itu dan melanjutkan perlawanan seterusnya di antara El Clasico EVOS menentang RRQ.

MPL ID juga memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat di atas isu yang terjadi dan mereka berkata perkara itu tidak seharusnya berlaku dan pihak mereka harus membuat persiapan yang lebih awal.

Kini, RRQ berjaya menghantar EVOS Legends ke lower bracket untuk berdepan Aura Fire.

Sumber: MPL ID