Isu provokasi: NashGaming mohon netizen berhenti menyerangnya

By Hazrul Md Nor | March 29, 2022

Berikutan isu provokasi yang dilakukan oleh pemain-pemain dari pasukan OP, ramai di antara netizen menyerang NashGaming.

NashGaming adalah streamer bagi Team OP dari Singapura. Namun begitu, dia tidak ada sebarang kaitan terhadap provokasi yang dilakukan oleh pemain pasukan itu.

Di dalam sebuah hantaran ringkas di laman Facebook Gaming NashGaming, dia menyatakan pendiriannya tidak menyokong segala bentuk rasisme dan memohon netizen supaya berhenti mengecamnya.

“Saya nak ingatkan kepada anda semua yang saya tidak ada kena mengena dengan racism speech dari pemain Team OP. Katakan tidak kepada racism,” tulisnya.

Diharap netizen akan menghentikan serangan ke atas NashGaming kerana dia tidak terlibat di dalam provokasi yang dilakukan oleh pemain dari Team OP.

Sumber dan foto: NashGaming