Jika anda satu team dengan “noob”, apa harus anda buat?

By Hazrul Md Nor | October 8, 2021

Apa sahaja permainan video yang anda main, pasti akan ada seorang pemain “noob” yang serba tidak tahu tentang mekanik permainan itu. Tambah pula mereka adalah satu pasukan dengan anda dan mereka kerap feeding atau memberikan musuh kelebihan ke atas pasukan anda.

Jika situasi ini terjadi, apa yang harus anda lakukan? Penulis ingin berkongsikan tips ringkas bagaimana caranya untuk kawal situasi ini dari menjadi kalah sehingga mengecapi kemenangan.

KAWALAN EMOSI

Jika anda bermain permainan video, kawalan emosi ini menjadi satu elemen yang paling penting untuk anda kuasai. Seorang pemain itu akan lebih cenderung melakukan kesilapan kerana faktor emosi. Apabila manusia sedang marah, peratusan mereka untuk berfikir dengan waras akan berkurang. Jadi apabila rakan sepasukan anda yang dikategorikan sebagai noob itu melakukan kesilapan, anda harus menasihatinya dan mengajarnya apa yang perlu dilakukan. Keadaan tidak akan bertambah menjadi lebih baik apabila anda marah kerana pemain itu akan merasa tekanan dengan desakan dari anda. Corak permainan akan menjadi lebih kucar kacir.

“IT’S JUST A GAME” MENTALITY

Ayat ini membawa banyak maksud dan adalah salah satu kunci kejayaan untuk anda amalkannya. Ya, setiap orang tidak ingin kalah dan hanya ingin mengecapi kemenangan. Akan tetapi, kekalahan itu adalah satu asbab untuk kita bangkit kembali menjadi pemain yang lebih hebat dari masa ke semasa. Perlu anda ingat bahawa permainan video ini hanyalah sebuah permainan dan ia tidak perlu diambil serius sehingga menyebabkan pergaduhan. Jika sifat ini berjaya diamalkan di dalam setiap kali perlawanan, pasti anda akan lebih tenang dan sabar menghadapi pemain noob ini.

EVERYONE BORN AS A NOOB

Tidak ada seorang pun pemain yang mula bermain 1 perlawanan dan terus menjadi seorang profesional. Semua orang akan bermula dari seorang noob sehingga menjadi seorang pro. Oleh itu, maafkan rakan sepasukan anda yang noob itu dan anda harus mengimbau kembali pengalaman anda semasa bermula main permainan video itu. Pasti anda akan tersenyum dan boleh bermain dengan lebih fokus.

CARRY YOUR TEAM TO VICTORY

Rakan sepasukan anda seorang yang noob? Pasukan anda mula kalah di dalam perlawanan yang berlaku dan anda ketinggalan dari segi skor untuk mengejar pihak lawan? Situasi ini mampu diubah jika anda mengamalkan 3 tips di atas dan juga memperbetulkan posisi dan cara anda menghadapi musuh. Peratusan anda untuk menang akan meningkat sebanyak 50% jika anda tahu apa anda sedang buat dan berupaya carry pasukan anda ke arah kemenangan. 

Kongsikan pengalaman dan pendapat anda di dalam menghadapi seorang noob di dalam permainan. Adakah anda mengamalkan salah satu tip di atas? Nyatakan di ruangan komen.