John Wick Hex Versi PS4 Akan Tiba Pada 5 Mei 2020

By Burhanudin Zamri | April 6, 2020

Peminat filem aksi semestinya telah menonton trilogi John Wick yang penuh dengan koreografi perlawanan hebat. John Wick Hex merupakan permainan video berdasarkan trilogi tersebut dan ia pertama kali dilancarkan untuk PC sahaja pada tahun lepas.

Good Shepherd Entertainment (penerbit John Wick Hex) telah mengumumkan bahawa judul tersebut akan turut dilancarkan untuk PlayStation 4 (PS4) pada 5 Mei 2020. Sebuah trailer baharu dikeluarkan untuk pengumuman ini.

Cara permainan John Wick Hex sebenarnya lebih mementingkan perancangan yang teliti daripada tindak balas pantas. Ia dimain secara urutan (turn-based) tetapi apabila anda menyelesaikan satu peringkat, anda boleh tonton mainan semula pada kelajuan biasa.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.