Jom Kenali Citra Cantika, Awek Cun Handal Main PUBG Mobile!

By Hazril Md Nor | July 8, 2019

PUBG Mobile bukan saja menjadi permainan mudah alih kegemaran ramai malah ia antara game yang mempunyai pemain kasual terdiri daripada lelaki dan wanita. Disebabkan kemudahan akses kepada peranti pintar, game ni dimainkan tak mengira peringkat usia dan jantina.

Jadi janganlah terkejut kan kalau penulis kata ada pemain kasual perempuan yang menjadikan game ini sebagai cara untuk jana pendapatan. Berasal daripada negara seberang, Indonesia, gadis ayu Citra Cantika ini punya bakat bermain game sambil menghiburkan peminat dengan celotehnya di Facebook!

Bermula berjinak-jinak dalam streaming sejak September tahun lepas, kini dia mempunyai lebih 250,000 sukaan dan 70,000 pengikut di Facebook page miliknya.

Korang boleh follow dia dekat https://www.facebook.com/cantikacit/

 
 
 
View this post on Instagram

Start each day with grateful heart 💙

A post shared by Citra Cantika (@cantikacitra) on

 
 
 
View this post on Instagram

Jarang dimakeupin sekalinya makeup ngerasa muka aneh 🤪. Tapi i luv it so much 💕. . 💄 : @makeupmomsya

A post shared by Citra Cantika (@cantikacitra) on

Dia juga selalu memuat naik video stream bermain PUBG Mobile di saluran Youtube miliknya. 

Kalau korang nak saksikan lebih banyak video, boleh ke saluran Youtube Cantika Gaming.

Cantika biasanya akan stream hampir setiap hari dan videonya biasanya akan menerima lebih 500,000 tontonan dan ramai jejaka serta gadis yang akan mengikuti perkembangannya. 

Terbaru, dia akan menyertai Facebook Gaming Creator Summit 2019 di Manila Filipina yang akan dihadiri ramai lagi content creator dari rantau Asia Pasifik. 

Pencapaian diperolehnya ini menunjukkan jantina bukanlah penghalang dalam dunia permainan video dan semuanya boleh dicapai dengan usaha dan keyakinan!

Gambar didapat daripada pelbagai sumber: Facebook, google dan lain-lain.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.