Jom Saksikan Bagaimana Francais Assassin’s Creed Bermula, Dari Third Crusade Hingga Odyssey

By Hazril Md Nor | October 9, 2018

Assassin’s Creed punya saga nampaknya dah lengkap dengan Odyssey! 

Berita baik ini membuatkan ada pengguna di Youtube iaitu The Leaderboard yang breakdown timeline untuk setiap judul dalam francais ini.

Dalam video di bawah, korang boleh saksikan bagaimana setiap chapter diperincikan. Ia dimulakan dengan penciptaan manusia pada tahun 75111 Sebelum Masihi. Ia juga menceritakan tentang Eden dan bagaimana ia membawakan kepada pemberontakan — dan kelahiran Assassins ini.

Selepas itu, kita melangkah ke entri lain hinggalah ke Assassin’s Creed Odyssey yang menampilkan Leonidas dengan lembingnya ditunjukkan.

Kemudian, kita beralih pula ke Origins yang menunjukkan bagaimana Bayek memainkan peranan penting sebagai protagonis. 

Third Crusade — Ini adalah masa yang mana kesemua Templars mula berperang dan juga Altair, assassin pertama yang memulakan siri ini. Apple of Eden juga muncul secara mengejut dalam klip ini.

Akhir sekali, kita ke banyak lagi permainan video seperti Assassin’s Creed IV: Black Flag dan pengenalan Captain Edward Kenway. Assassin’s Creed III mengikuti tahun 1754 dan kita didedahkan dengan Connor, cucu kepada Edward.

Dan seperti yang kita lihat, video ini menggabungkan semua saga ini dengan begitu sempurna. Diharapkan kembara seterusnya membawakan era yang lebih epik!

Sumber: Comicbook