“Kalian semua harus bangga dengan perjalanan kalian,” – Jurulatih Aura Fire

By Habil Izzat | April 27, 2022

Jurulatih pasukan Aura Fire, Reza Pahlevi mengatakan kepada pemain Aura Fire bahawa mereka seharusnya berbangga dengan perjalanan mereka.

Menerusi sebuah hantaran video TikTok Aura Fire, terlihat jurulatih mereka sedang memberikan kata-kata semangat kepada pemainya.

@aura.esports Best speech kemarin dari best coach kita nih ges 😎 doain yang terbaik di final lower bracket today! 🔥 #mobilelegends #mobilelegends_id #mlbb #POCOID #GAGA100EXTRAPEDAS ♬ original sound – AURA OFFICIAL TIKTOK

Reza Pahlevi menyatakan bahawa mereka harus berbangga dengan diri mereka dan mereka harus bangga dengan pasukan mereka sendiri.

“Jangan pernah puas dengan pencapaian kalian, kalau kalian sudah merasa puas maka di situlah titik kelemahan kalian,” katanya.

Kata-kata semangat yang dikeluarkan oleh jurulatih mereka sangat membantu pemain dalam meningkatkan motivasi.

Aura Fire harus menguburkan impian mereka untuk bermain di Grand Final di MPL ID musim ke-9 apabila mereka tewas di tangan ONIC Esports dengan skor 3-2.

Sejarah Aura Fire 

Perjalanan pasukan Aura Fire sememangnya tidak mudah dan penuh dengan dugaan dan cabaran.

Pasukan Aura Fire selalu berada di tangga tercorot MPL ID malahan di MPL ID musim ke-7 mereka tidak pernah memenangkan satu perlawanan sekalipun.

Mereka berjaya bangkit di MPL musim ke-8 dengan berjaya memasuki pusingan playoff selepas hampir tiga musim tidak melayakkan diri ke playoff.

Aura Fire juga berjaya menjuarai Piala Presiden 2021 dengan menewaskan Alter Ego dengan skor 3-1.

Di MPL ID musim ke-9, pasukan Aura Fire berjaya melakar sejarah baru dengan membuktikan bahawa mereka adalah tiga pasukan terbaik di MPL ID musim ke-9.