Kenapa Franco digunakan di MPL? Ini jawapannya

By Hazril Md Nor | March 16, 2022

Kita selalu lihat Franco kini digunakan secara agak kerap di Liga Profesional MLBB (MPL) MY musim kesembilan. 

Hero ini banyak memberikan bantuan (utility) kepada pasukan kerana berupaya memberhentikan pergerakan beberapa hero musuh yang lincah.

Kenapa Franco banyak digunakan di rank dan MPL? Ini jawapannya.

Hentikan pergerakan Assassin

Antara kelebihan Franco ialah Bloody Hunt iaitu salah satu Ultimate surpression yang boleh menghentikan pergerakan Jungler seperti Ling, Hayabusa dan Lancelot.

Selama 1.8 saat, macam-macam boleh jadi. Sekiranya Franco bergerak dengan Jungler atau marksman, Jungler pihak lawan mudah dijatuhkan. Anda hanya perlu ulti dan marksman/jungler akan mengenakan sebanyak mungkin damage.

Ia juga boleh digandingkan dengan kuasa pertama Iron Hook untuk menarik marksman musuh yang kurang menjaga posisi.

Justeru, Franco amat menakutkan di tangan seorang pengguna yang mahir hook dan roam.

Pasif Franco juga membenarkan hero tank ini bergerak 10% lebih laju dan menerima 1% max HP regen.

Kurang meta guna healer

Seperti yang kita lihat, tank meta kembali mengganas di MPL apabila Khufra, Selena, Franco mahupun Edith.

Oleh itu, penggunaan hero-hero tank adalah sangat meluas sekarang dan jarang sesebuah pasukan guna healer seperti Rafaela dan Estes.

Late Game juga sangat berguna

Franco juga sangat berguna di fasa akhir perlawanan kerana kebolehan ulti untuk menangkap musuh yang cuai.

Dengan adanya item seperti kasut dengan tambahan Conceal, anda boleh gank musuh bersama pasukan dan mencari pemain yang tersalah posisi.

Siapa pemain Franco yang handal di MPL MY?

https://www.youtube.com/watch?v=TKL2PnAaCms