Kerajaan UK memberi amaran untuk kekang ‘loot box’

By Mike Hayate | July 18, 2022

Transaksi mikro sudah lama menjadi salah satu perkara yang ada di dalam industri permainan video.

Baru-baru, ini juga Diablo Immortal menjadi contoh utama transaksi mikro yang berjaya mengaut AS$24 juta (RM96 juta) walaupun dengan masalah yang melanda permainan itu.

Kerajaan United Kingdom memberi amaran kepada industri permainan video supaya kotak tikam (loot box) lebih terhad.

Menurut gamesindustry.biz, jika tiada perubahan, kerajaan UK tidak akan teragak-agak untuk membuat perundangan mengenai kotak tikam.

Kerajaan UK menyatakan kanak-kanak dan remaja tidak patut boleh membeli kotak tikam tanpa kebenaran ibubapa dan memuji tindakan kawalan ibubapa untuk Xbox.

“Permainan sepatutnya memberi sokongan untuk pemain yang membeli kotak tikam dan sepatutnya keluar mesej yang memebritahu ia adalah sesuatu yang tidak wajib untuk meneruskan permainan,” seperti yang dinasihati kerajaan UK.

Cadangan seterusnya adalah untuk mengehadkan pembelian kotak tikam dan memberhentikan pembelian selepas beberapa jumlah wang yang digunakan.

Polisi bayaran balik juga perlu diubah.

Rujukan: gameindustry