Kereta kebal Malaysia masuk ke World of Tanks

By Mike Hayate | May 24, 2022

World of Tanks (WoT) hari ini mengumumkan mereka akan memasukkan salah satu kereta kebal Malaysia ke dalam permainan mereka.

PT-91M Pendekar akan menjadi kenderaan perang baru atau skin untuk model salah satu kereta kebal di dalam WoT.

Menurut WoT, kereta kebal Malaysia ini adalah versi eksport bagi versi Polish PT-91 Twardy yang khas dibuat untuk Malaysia.

Kereta kebal ini juga akan mempunyai senjata ZTS 2A46MS 125mm, 1,000 kuasa kuda dengan kelajuan 70km/j dan sistem moden yang terbaru.

Anda juga boleh menggunakan kod bonus FBSEAJOURNEY2022MY yang memberi anda 3 x Emblem “Bunga Raya” 3 x Emblem “Bendera Malaysia” dan 9x Camouflage “SEA Variety: Purple.”

Sebelum ini juga World of Ships pernah membuat perkara sama dengan memasukkan kapal dari Malaysia.