Komuniti e-sukan tempatan bantu mangsa banjir – Vokey, PEMBURU, Boyka dan lain-lain

By Mike Hayate | December 22, 2021

Komuniti E-sukan tempatan juga tidak terlepas dalam menjalankan bantuan bagi membantu mangsa banjir baru-baru ini di Dengkil, Selangor.

https://cdn.discordapp.com/attachments/767065450667704351/923026427438317588/2e0e988e-2885-48f4-bbb1-f63cd629b543.jpg

Antara yang terlibat dalam misi bantuan ini adalah Muhammad Imran Rosli atau Vokey, Shahrul Daulay atau PEMBURU, Khairunnazrin Masli atau Boyka dan ramai lagi menyertai misi ini bagi membantu mangsa banjir.

Dalam satu hantaran di Instagram Story, Vokey semalam turut memaklumkan menerima sebanyak RM20,000 hanya dalam masa lapan jam sewaktu pengumuman bantuan dana.

Mereka berjaya mengumpul sebanyak satu tan barang yang terdiri daripada barangan asas, air minumin, bantal dan banyak lagi sudah diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir.

https://cdn.discordapp.com/attachments/767065450667704351/923026426796593223/ac2bf033-0c53-46e7-b64e-c864d6a4909a.jpg

Langkah ini adalah inisiatif para anak muda dalam komuniti e-sukan kita untuk mengagihkan barangan ke beberapa lokasi terjejas di Hulu Langat.

https://cdn.discordapp.com/attachments/767065450667704351/923026427094376458/f3bcfa89-1811-4822-b290-1d5b5be8e7cc.jpg

Mereka semua ini wajar diberikan pujian atas usaha dalam bantuan banjir ini.

Selepas ini, mereka bakal meneruskan bantuan ke Pahang pula di mana kebanyakan daerah terkesan dengan banjir.

Mereka juga memohon kerajaan dan pihak berkaitan untuk segerakan bantuan ke kawasan terjejas.

Syabas sekali lagi diucapkan untuk anak-anak muda dan majulah e-sukan untuk negara!