Konami buka peraduan buat pembangun indie, hasilkan game baru berdasarkan siri klasik mereka

By Taib Mohamed | October 4, 2021

Konami umumkan sebuah peraduan permainan indie buat pembangun permainan kecil untuk menghasilkan permainan berdasarkan beberapa siri klasik termasuk Gradius, Ganbare Goemon dan banyak lagi.

Action & Shooting Game Contest anjuran Konami mengajak pembangun indie untuk merancang dan membangunkan permainan aksi dan shooter baharu berdasarkan tajuk-tajuk hasilan lalu Konami. 

Peraturan membenarkan pembangun untuk menghasilkan semula permainan (remake) atau hasilkan sekuel, di mana mereka dibenarkan untuk menggunakan satu karakter atau mekanik daripada tajuk lalu, atau mengubah atau menggabungkan genre. Melalui kerjasama ini, permainan baru ini berpotensi untuk dikomersilkan. 

 

Konami ada menerbitkan sebuah video garis panduan mengenai pertandingan ini. Pertandingan ini ditaja oleh Konami dan dengan kerjasama Shueisha Game Creators Camp, sebuah projek untuk membantu para pembangun permainan. 

Pertandingan ini akan diadakan bermula 30 September hingga 6 Januari 2022. 

Hadiah utama yang ditawarkan bagi pertandingan ini ialah sebanyak 2 juta yen (RM75,000) dan Konami akan menawarkan untuk menerbitkan hasil kerja yang boleh dikomersilkan.

Tambahan, Konami akan melabur sebanyak 30 juta yen (RM1.1 juta) untuk data projek yang dikomersilkan. Selain menawarkan seliaan, nasihat produksi dan sokongan berkaitan lokasisasi, promosi dan alat pembangunan.

Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA.