Kontrak bersama FB Gaming tamat, DisguisedToast akan kembali ke Twitch?

By Taib Mohamed | November 18, 2021

Disguised Toast atau nama sebenarnya Jeremy Wang yang cukup terkenal dengan permainan Among Us, hari ini mengumumkan pengakhiran kontraknya bersama Facebook Gaming selepas bersama platform penstriman itu sejak 2019. 

Meskipun begitu, semasa masih bersama Facebook Gaming, Toast menyatakan dia masih dibenarkan untuk strim di Twitch selagi dia tidak bermain sebarang permainan di platform itu. 

Berikutan pengunduran itu, Pihak Facebook Gaming juga mengucapkan selamat maju jaya buat DisguisedToast melalui akaun Twitter rasmi mereka. 

Dengan pengumuman pengunduran ini, komuniti OfflineTV mula memberikan sokongan yang positif dan ramai juga menyuarakan permintaan mereka meminta Toast untuk kembali semula ke Twitch. 

Disguised Toast di awal karier penstrimannya bermain Hearthstone sebelum menjadi fenomena dengan kemunculan Among Us pada 2020. Dia juga kini banyak bermain Teamfight Tactics dan League of Legends selain memuatnaik pelbagai kandungan di saluran YouTubenya.

Sumber: Dexerto