Kostum senjata bertema cyberpunk, Undercity, tertiris di VALORANT

By syazwanbahri | February 16, 2022

Riot Games sering melancarkan kostum senjata yang gempak dan gempar seperti kostum Protocol 781-A dan lain lagi sebelumnya. Kini, Riot Games melancarkan siri kostum senjata baru yang bertema bandar cyberpunk dilihat dan akan dilancarkan tidak lama lagi.

Kostum Undercity ini dikongsi di Twitter oleh Mike atau dikenali juga sebagai @ValorLeaks.

Koleksi kostum senjata ini mirip rupa bentuk koleksi Glitchpop, tanpa animasi dan bunyi khas. Tetapi koleksi ini lebih mudah dan kemas berbanding Glitchpop, dan ia hanya akan mempunyai imej yang dalam senjata itu seperti kostum siri Tethered Realms.

Mike juga menunjukkan animasi dan bentuk senjata pisau dari koleksi ini.

Salah satu ciri yang ditonjol dari koleksi ini adalah poster dikehendaki yang nampaknya untuk ‘Victoria Vector.’ Watak ini juga dilihat daripada video muzik yang mungkin menjadi inspirasi koleksi kostum ini. Video muzik Korea yang menampilkan Jett ini boleh dilihat di bawah.

Setakat ini, Riot Games belum mengumumkan tarikh pelancaran atau harga untuk koleksi kostum ini. Namun, ia mungkin akan dilancarkan pada minggu depan atau dua minggu lagi.

Sumber rujukan: Twitter