Kusyen Gaming Ini Boleh Bagi Keselesaan Luar Biasa Bila Main Game Dekat Phone

By Hazril Md Nor | March 11, 2020

Masalah sebenar pada peranti yang boleh dipegang bukannya ketahanan bateri atau cepat rosak tapi keperluan untuk pegang di tangan selama berjam-jam. Thanko, sebuah syarikat Jepun sedar akan masalah ini seterusnya datang dengan idea menarik untuk kita semua nikmati gajet dengan penuh keselesaan.

Produk yang dinamakan Turn A Cushion ini adalah kusyen berbentuk huruf A yang boleh ‘dipakai’ pengguna di bahagian pinggang yang memberi sokongan kepada tangan dan bahu bagi mengurangkan kepenatan memegang peranti pintar buat beberapa lama. Ia juga mempunyai penghadang jadi bahu atau tangan tidak terjatuh dari kusyen tersebut ketika sedang bermain game.

Di bahagian bawah, terdapat kaki yang boleh menyokong mengikut sudut ditetapkan dan poket di tepi untuk anda letak aksesori seperti kabel caj telefon atau snek dan minuman. Bagi lebih keselesaan, ‘pemegang’ peranti pintar disertakan untuk memberikan satu sudut sesuai jadi anda tak perlu lagi pegang.

Mengikut harga Dollar, ia dijual sekitar AS$58 dan pada harga itu, penggunanya dapat keselesaan yang luar biasa selepas lama menghadap skrin.

Ia tidak dijual secara rasmi di Malaysia.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.