League of Legends: Wild Rift kini aplikasi nombor satu di iOS

By Hazril Md Nor | November 2, 2020

League of Legends: Wild Rift kini merekodkan sebagai aplikasi dengan jumlah muat turun terbanyak untuk platform iOS bagi tahun 2020. 

Sejak beta terbuka dilancarkan pada 27 Oktober lalu, Wild Rift boleh diakses semua pemain di Indonesia, Filipina, Malaysia, Jepun, Singapura, Korea Selatan dan Thailand.

Dalam masa tiga hari sahaja, Wild Rift cemerlang dalam kedudukan carta muat turun dan menjadi aplikasi nombor satu di negara-negara beta terbuka ini.

Ia juga melepasi rekod yang dulunya dipegang oleh Among Us, sebuah permainan multi-pemain yang popular di serata dunia.

Mengikut laporan Tap Tap, permainan mudah alih itu menerima 1.4 juta muat turun di iOS dan Android (digabungkan).

Riot Games juga mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang membantu merealisasikan kejayaan ini.

Wild Rift menampilkan lebih 40 Champions dengan keunikan berbeza dan grafik serta gaya permainannya lebih mencabar berbanding mobile MOBA lain.

Pempengaruh di Asia Tenggara juga bantu mempromosikan permainan ini, sebagai contoh, Soloz di Malaysia yang menerima sneakers edisi terhad.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.