Liga kejohanan Call of Duty memerlukan bukti vaksinasi untuk semua peserta

By Hazrul Md Nor | August 12, 2021

Liga Call of Duty hari ni sudah mengumumkan bahawa ia akan mengeluarkan peraturan untuk para peserta menunjukkan bukti vaksinasi Covid-19 di minggu kejohanan yang akan datang di Los Angeles, California.

Ini menandakan mereka adalah organisasi pertama e-sukan yang memerlukan bukti vaksinasi berikutan peningkatan kes Covid-19 di Amerika Syarikat.

“Keutamaan kami adalah kesihatan dan keselamatan peminat, krew dan pemain kami, dengan peningkatan kadar kes Covid-19 di Los Angeles. Kami sudah meningkatkan lagi langkah keselamatan kami untuk minggu kejohanan liga Call of Duty.

“Berkuatkuasa serta merta, semua peserta akan diminta untuk menunjukkan bukti vaksinasi atau jika tidak diberi vaksinasi sepenuhnya, ujian PCR atau antigen negatif yang diterima dalam 72 jam dari hari kehadiran anda. Semua peserta memakai topeng muka semasa acara, tanpa mengira status vaksinasi.” tulis kenyataan dari Twitter liga COD.

Artikel ini diterjemahkan dari laman web rasmi IGN SEA. Anda boleh membaca artikel penuh di SINI.