Liga Profesional Mobile Legends (MPL) di tempat kedua liga paling popular mengikut jumlah jam tontonan

By Editorial team | December 30, 2020

Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) mencatatkan kejayaan tersendiri tahun ini apabila berjaya membolot tempat kedua dalam senarai Liga E-Sukan paling popular mengikut Jumlah Jam Tontonan oleh Esports Chart.

Mengikut infografik dikeluarkan, selama 95 juta tontonan direkodkan dan 1,108 jam. Ini kerana, komuniti MLBB yang kini meningkat naik terutamanya di rantau Asia Tenggara dan populariti pasukan-pasukan bertanding. 

Liga itu sendiri meliputi Indonesia, Filipina, Malaysia/Singapura dan Myanmar.

League of Legends masih kekal di tangga pertama dengan 136.65 juta tontonan dan 637 jam direkodkan untuk League of Legends Champions Korea (LCK).