Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Musim Kedua Kembali! – Kumpul Prize Pool USD64,000

By Hazril Md Nor | October 18, 2018

Liga Profesional Mobile Legends (MPL) musim kedua akan membuka tirainya bermula esok, 19 Oktober hingga Ahad ini (21 Oktober) di Paradigm Mall, Main Concourse mengumpulkan lapan pasukan yang berjaya mendapatkan kedudukan terbaik pada musim liga sebelum ini.

Mereka adalah Flash Tyrants, EVOS SG, AirAsia Saiyan, Geek Fam Mystic, Traitor, Bigetron SG, Geek Fam ICON dan Saiyan Reborn. Pasukan ini akan merebut wang tunai terkumpul USD64,000 dan juara pula akan membawa pulang hampir separuh iaitu USD31,000!

Peminat boleh menyertai perlawanan antara pemain profesional untuk memenangi skins, cabutan bertuah untuk barangan Razer dan macam-macam lagi merchandise eksklusif boleh dimenangi.

Kalau korang tak sempat datang, boleh usha livestream mereka di Facebook rasmi Mobile Legends bermula jam 10 pagi esok.

Sementara itu, barisan pengulas untuk kejohanan ini adalah KBCSensei, Matthew Chan, Edwardo, Pseudo, Fatal5way dan Qontra untuk Bahasa Inggeris. Pengulas bagi Bahasa Malaysia pula adalah MrCocan, Ikuto, Adam, Cortx dan Karakuri.