Logan Paul muncul di WrestleMania dengan kad Pokemon bernilai lebih RM21 juta

By Editorial team | April 5, 2022

Logan Paul mengejutkan ramai pihak dengan debut di WrestleMania 38 dengan menggayakan di lehernya satu kad Pokemom paling mahal di dunia.

Paul membayar lebih AS$5 juta (RM21.05 juta) untuk kad Japanese Pikachu Illustrastor yang pada asalnya diberikan kepada hanya 39 pemenang peraduan seni pada tahun 1998.

Kad ini adalah gred 10 bermakna ia adalah dalam keadaan terbaik dan hanya satu saja yang wujud kini. Paul menukarkan versi grand sembilan kad ini (yang mana dia membayar AS$1.27 juta) bersama AS$4 juta tunai untuk kad Pokemon yang paling mahal dijual secara tersembunyi.

Dia memakainya dalam bingkai bersalutkan berlian bersama rantai emas sambil berjalan di atas pentas WrestleMania bersama rakan tag-team The Miz untuk perlawanan ke atas Rey dan Dominik Mysterio.

Selepas itu, sijil Guinness World Record diberikan kepadanya atas pemilikan kad Pokemon termahal.

“Saya menyukai Pokemon, ditambah lagi dengan sijil Guinness World Records. Ia adalah sesuatu yang luar biasa. Malam ini adalah luar biasa,” katanya.

Paul sebelum ini turut dikenali sebagai pengumpul tegar kad Pokemon dan membelanjakan banyak wang untuk kad yang bernilai.

Artikel ini diterjemah dari IGN SEA. Artikel asal boleh dibaca di SINI.