Lost Soul Aside – permainan macam Devil May Cry, rupa macam Final Fantasy

By Mike Hayate | July 15, 2021

Lost Soul Aside antara permainan video yang paling dinantikan untuk tahun ini.

Bermula sebagai projek yang dibuat oleh sorang sahaja yang bernama Yang Bing, permainan ini viral pada tahun 2016 dan kini Lost Soul Aside kembali dengan gameplay lebih menarik dan karakter yang digilap dan penuh dengan aksi.

Sony begitu terpegun dengan permainan ini dan berjumpa dengan Yang Bing untuk meneruskan projek ini dan bergabung dengan UltiZero Games.

Saksikan video permainan Lost Soul Aside ini selama 17 minit yang penuh dengan efek partikel dan cara berlawan yang sangat laju dengan serangan pedang yang memuaskan hati.

Musik dari Lost Soul Aside pula menggunakan lagu yang hampir sama dengan gaya Devil May Cry 5.

Malah, Cody Mattheew Johnson komposer untuk Devil May Cry 5 juga mengumumkan beliau kini mencipta soundtrack untuk Lost Soul Aside.

 

One-Person Project Lost Soul Aside Is A Timed PlayStation 4 Exclusive -  Game Informer

Lost Soul Aside menceritakan protagonis yang bernama Kazer dan dibantu oleh rakannya yang digelar crystal dragon dalam pengembaraan di dunia sains fiksyen bercampur fantasi yang dipenuhi raksasa mistik.

Dunia di dalam Lost Soul Aside mempunyai elemen seperti tembak-menembak menggunakan laser dan juga serangan raksasa seperti Final Fantasy.

Setakat ini masih belum ada lagi penceritaan penuh untuk Lost Soul Aside, tetapi mengikut video permainan di atas, Kazer seperti dihalang oleh pihak berkuasa yang memanggilnya ‘bukan manusia’.

Lost Soul Aside resurfaces with some impressive new gameplay – Destructoid

Setakat ini kita masih tidak tahu apa nama crystal dragon yang menjadi rakan seperjuangan Kazer.

PlayStation's China Hero Project Games Lost Soul Aside and Pervader Will  Skip ChinaJoy 2019 | Player.One

Cara berlawan Lost Soul Aside juga banyak mendapat inspirasi dari Devil May Cry dan juga penggunaan beberapa senjata dari pedang sepantas rapier sehingga pedang sebesar buster sword dari Final Fantasy VII Remake.

Perlawanan aksi ini juga membolehkan anda menukar senjata semasa berlawan mengikut situasi.

Pasti menarik untuk melihat apa lagi perubahan permainan video ini. Setakat ini kita masih menunggu adakah Lost Soul Aside akan keluar tahun ini atau terpaksa ditunda disebabkan pandemik yang melanda.

Lost Soul Aside akan dikeluarkan untuk PC, PS4, PS5, Xbox Series X dan Xbox One. Nantikan!