M2: “Eone bersara sebab nak bagi ruang dekat pemain baru,” – Ikuto

By Hazril Md Nor | January 21, 2021

Pemain profesional Todak MLBB, Muhd Rizwan Abdullah atau Eone mengambil keputusan ingin bersara sebab mahu bagi peluang kepada pemain baru.

Dalam satu temubual media tadi, Radzi Rahman (Ikuto) selaku Pengurus Perkembangan E-Sukan Todak menjelaskan perkara tersebut.

“Kami dah bincang sejak MPL MYSG musim keenam lagi. Eone menyuarakan kehendak ini sebab nak beri ruang kepada pemain muda bertanding.

“Dia dah rasa prestasinya dah ke tahap maksimum.

“Di M2 kami tak boleh menukar roster dari MPL lalu jadi kami teruskan kontrak dengan Eone,” kata Ikuto.

Tambahnya, Todak sudah berbincang dengan Eone bagi satu perjalanan karier lebih baik kepada beliau  biarpun kini Eone tidak lagi akan bertanding secara kompetitif selepas kejohanan dunia MLBB, M2 berakhir.

Ikuto juga menjawab persoalan diajukan netizen mengatakan Stoo tidak berapa menyerlah. Katanya, Todak sentiasa mengutamakan formula enam orang pemain.

“Stoo akan bermain mengikut kesesuaian pasukan dan strategi digunakan ke atas pihak lawan.

“Beliau memang sama taraf dengan pemain lain malah rank solo Stoo adalah lebih tinggi berbanding kebanyakan ahli lain,” katanya.

Semalam, Todak berjaya mara ke playoff lower bracket selepas menewaskan skuad Brazil, Dreammax. Prestasi Eone sebagai Atlas dipuji oleh rakyat Malaysia berikutan ultinya, Fatal Links selalu mengena dan menukar rentak permainan.

Playoff M2 akan bermula esok  yang mana Todak akan bertembung dengan EVOS SG.