M2: “Kami rasa pasukan Unique Deus Vult kuat dan guna meta terkini berbanding yang lain,” – ly4ly4ly4

By Hazril Md Nor | January 18, 2021

Sebagai tuan rumah, pasukan Singapura, RSG menunjukkan dominasi dalam perlawanan peringkat kumpulan kejohanan dunia MLBB, M2, hari ini.

Dalam perlawanan ke atas pasukan Rusia, Unique Deus Vult, mereka berjaya menundukkan mereka 2-1. Pemilihan Hanzo dan Alucard adalah satu kejutan buat Unique DV.

Walaupun  tewas pada perlawanan kedua, itu tak mematahkan semangat mereka untuk comeback pada perlawanan ketiga. 

Pada perlawanan terakhir ini, Unique DeVu seperti mendahului dengan momentum tapi gaya permainan dari Sana menggunakan Luo Yi berjaya menangkap Vale dengan kerap sekali gus melumpuhkan posisi pasukan Rusia tersebut.

Pemain RSG, ly4ly4 juga merasakan pasukan Rusia ini berada dalam meta berbanding pasukan rantau lain.

“Mereka juga bermain dengan baik dan gaya permainan mereka mantap,” katanya dalam satu temubual media.

RSG akan bertembung semula dengan pasukan dari Myanmar, Burmese Ghouls pada jam 8 malam ini.