M2: RRQ tersingkir, Bren Esports ke Grand Final

By Hazril Md Nor | January 24, 2021

Bren Esports terus gemilang pada pusingan lower bracket final di kejohanan dunia Mobile Legends, M2 dengan kemenangan 3 – 1.

Mereka berjaya mara ke Grand Final selepas menewaskan RRQ Hoshi yang merupakan pasukan harapan Indonesia selepas Alter Ego tewas semalam.

Pada game pertama, RRQ mempamerkan prestasi mengagumkan apabila menukar Lemon dan Albert kepada Wizzking dan Xinn. Gaya permainan mereka adalah lebih agresif.

Xinn juga menjadi MVP bagi perlawanan pertama.

Di game kedua, Bren bermain dengan lineup early dan mid game untuk mengalahkan RRQ Hoshi kerana pasukan Indonesia itu menggunakan WanWan yang merupakan hero late game.

Karltzy menjadi MVP di game kedua.

Sekali lagi di game ketiga, Bren Esports menggunakan Claude dengan begitu baik untuk mengatasi kekuatan RRQ. RRQ kuat dalam teamfight tapi Bren lebih stabil dengan adanya Yu Zhong.

Flaptzy adalah MVP bagi perlawanan ketiga.

M2 dianjurkan oleh Moonton pada 18 Januari hingga 24 Januari dengan kerjasama Persatuan Cybersports dan Online Gaming Singapura (SCOGA) serta disokong oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB). Tidak seperti MPL atau MPLI, M2 diadakan secara offline di Shangri-La Singapura untuk hadiah terkumpul AS$300,000 (RM1.2 juta).

Sebanyak lapan pasukan dari negara MPL dan empat pasukan dari negara tiada MPL menyertai.

Mereka adalah: 

  • Malaysia – Todak
  • Singapura – RSG dan EVOS SG
  • Indonesia – RRQ dan Alter Ego Esports
  • Filipina – Bren Esports dan Omega Esports
  • Myanmar – Burmese Ghouls
  • Kemboja – Impunity KH
  • Brazil – Dreammax
  • Jepun – 10S Gaming Frost
  • Rusia – Unique Devu

Ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

berita lanjut menyusul..