M2: Samsung penaja rasmi siaran langsung Bahasa Indonesia

By Burhanudin Zamri | January 7, 2021

Moonton telah mengumumkan barisan penaja dan rakan-rakan kongsi untuk kejohanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M2 World Championship. Kejohanan ini akan berlangsung dari 18 hingga 24 Januari ini di Singapura.

Samsung telah diumumkan sebagai penaja utama untuk siaran langsung Bahasa Indonesia kejohanan tersebut. Penyiar rasmi pula ialah Nimo TV. Untuk negara Filipina, SMART dipilih sebagai rakan penyiaran untuk siaran Bahasa Tagalog. Telenor dinamakan sebagai rakan penyiar Bahasa Burma.

Bagi siaran Bahasa Inggeris, Moonton bekerjasama dengan beberapa syarikat seperti Cathay Cineplexes, Mediacrop, Secretlab, Singtel, SUTL, dan Tumi. Siaran dalam talian di Singapura akan dikendalikan oleh meWATCH. Tontonan awam di Singapura akan dianjurkan oleh Cathay Cineplexes.

Bagi meningkatkan kesedaran tentang e-sukan kepada orang ramai, Moonton bekerjasama dengan Singapore Cybersports & Online Gaming Association (SCOGA) untuk menganjurkan sebuah panel perbincangan tentang industri e-sukan.

Panel ini akan dipengacarakan oleh Melvin Yong, ahli parlimen Singapura, dan pemain profesional MLBB dari Singapura Stefan “Soul” Chong. Antara topik-topik yang akan diperbincangkan adalah kerjaya dan kemahiran dalam e-sukan.

Pastikan anda mengikuti laman-laman sosial MyGameOn untuk mendapatkan berita terkini tentang kejohanan M2.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.