M2: Todak berada dalam kumpulan B, Alter Ego pula kumpulan bahaya

By Hazril Md Nor | December 14, 2020

Pasukan Mobile Legends yang juga wakil negara ke kejohanan dunia M2, Todak berada dalam kumpulan B selepas sesi cabutan dalam talian diadakan baru-baru ini.

Todak sama kumpulan dengan pasukan dari Kemboja, Impunity KH dan Omega Esports dari Filipina.

Sementara itu, juara MPLI, Alter Ego sekali lagi dalam kumpulan bahaya menentang naib juara MPLI, Bren Esports dan underdog di M1 tahun lepas, 10S Gaming Frost.

EVOS SG pula harus berdepan dengan juara MPL Indonesia musim keenam, RRQ Hoshi dan ini bermakna mereka perlu bertarung sebaik mungkin untuk melepasi pusingan awal.

M2 akan dianjurkan oleh Moonton dengan kerjasama Persatuan Cybersports dan Online Gaming Singapura (SCOGA) serta disokong oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB). Tidak seperti MPL atau MPLI, M2 akan diadakan secara offline di Shangri-La Singapura untuk hadiah terkumpul AS$300,000 (RM1.2 juta).

Sebanyak lapan pasukan dari negara MPL dan empat pasukan dari negara tiada MPL menyertai.