M2: Todak berlatih seperti biasa tapi perlu guna Discord sebab pemain diasingkan

By Hazril Md Nor | January 7, 2021

Wakil Malaysia ke kejohanan dunia Mobile Legends, M2, Todak sedang giat mempersiapkan diri meskipun perlu menghadapi kuarantin selama 14 hari.

Pengurusnya, Mohd Syazlan Mohd Rosdi atau Ashi berkata, mereka masih menjalankan sesi latihan seperti sediakala tapi ada sedikit cabaran.

“Kami masih menjalankan sesi latihan seperti biasa cuma untuk 14 hari pertama di Singapura, kami terpaksa berlatih menggunakan bantuan Discord.

“Semua pemain ditempatkan secara berasingan.

“Insya-Allah sasaran pertama kami adalah mendapatkan juara peringkat kumpulan menentang Omega Esport dan Impunity,” katanya.

Pengumuman ini bermakna setiap pasukan bertanding juga pasti menempuh cabaran ini. Singapura sebelum ini mewajibkan 14 hari tempoh kuarantin kepada warga asing dan mereka diasingkan dari ditempatkan dalam satu bilik hotel.

Sebelum ini, Ahmad dari Alter Ego dilaporkan positif COVID-19 dan digantikan dengan Yam.

M2 akan dianjurkan oleh Moonton pada 18 Januari dengan kerjasama Persatuan Cybersports dan Online Gaming Singapura (SCOGA) serta disokong oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB). Tidak seperti MPL atau MPLI, M2 akan diadakan secara offline di Shangri-La Singapura untuk hadiah terkumpul AS$300,000 (RM1.2 juta).

Sebanyak lapan pasukan dari negara MPL dan empat pasukan dari negara tiada MPL menyertai.

Mereka adalah: 

  • Malaysia – Todak
  • Singapura – RSG dan EVOS SG
  • Indonesia – RRQ dan Alter Ego Esports
  • Filipina – Bren Esports dan Omega Esports
  • Myanmar – Burmese Ghouls
  • Kemboja – Impunity KH
  • Brazil – Dreammax
  • Jepun – 10S Gaming Frost
  • Rusia – Unique Devu

Ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.