M2: Todak menemukan kembali momentum, 2-0 ke atas Impunity KH

By Hazril Md Nor | January 18, 2021

 Satu-satunya wakil Malaysia di kejohanan dunia Mobile Legends, M2, Todak berjaya untuk mendapatkan kembali momentum mereka selepas menewaskan skuad Kemboja, Impunity KH dengan skor 2-0.

Pada perlawanan pertama, Todak memilih hero seperti Yu Zhong, Alice, Mathilda, Atlas dan Yi-Sun-Shin. Pemilihan Yu Zhong adalah paling berkesan kerana berjaya memenangi lane dan boleh memasuki pertempuran dengan mudah.

Moon juga memilih Mathilda dengan bermain dengan baik berbanding perlawanan ke atas skuad OMEGA Esports. Ciku dan 4Meyz juga kembali menyinar pada perlawanan ini  kerana sebelum ini mereka agak sukar untuk pemilihan draft.

MVP untuk Stoo bukanlah satu kejutan. Beliau banyak membantu skuad Malaysia ini memenangi perlawanan pertama tadi. 

Pada perlawanan kedua, seperti tiada cahaya kemenangan untuk pasukan Impunity KH kerana Todak terus mengasak dengan pemilihan Brody dan Benedetta  yang agresif.

Todak akan menunggu jika ada tiebreaker pada penghujung hari ini bagi merebut slot ke upper bracket.

Todak bertarung dalam Kumpulan B.

M2 dianjurkan oleh Moonton bermula 18 Januari dengan kerjasama Persatuan Cybersports dan Online Gaming Singapura (SCOGA) serta disokong oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB). Tidak seperti MPL atau MPLI, M2 diadakan secara offline di Shangri-La Singapura untuk hadiah terkumpul AS$300,000 (RM1.2 juta).

Sebanyak lapan pasukan dari negara MPL dan empat pasukan dari negara tiada MPL menyertai.

Mereka adalah: 

  • Malaysia – Todak
  • Singapura – RSG dan EVOS SG
  • Indonesia – RRQ dan Alter Ego Esports
  • Filipina – Bren Esports dan Omega Esports
  • Myanmar – Burmese Ghouls
  • Kemboja – Impunity KH
  • Brazil – Dreammax
  • Jepun – 10S Gaming Frost
  • Rusia – Unique Devu

Ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.