M3: 16 pasukan kini sudah tiba di Singapura

By Hazrul Md Nor | November 27, 2021

Kejohanan Dunia M3 akan berlangsung tidak lama lagi, ia akan bermula pada 6 Disember ini. Pasukan yang berjaya mewakili Malaysia adalah Todak dan Team SMG.

Kesemua pasukan kini sudah pun tiba di Singapura untuk melakukan persiapan yang perlu. Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di Instagram MPL MY.

https://www.instagram.com/p/CWvQAHzhhXL/

Mereka akan melakukan kuarantin terlebih dahulu dan akan beraksi di Suntec Singapore International Convention & Exhibition Centre.

Pertandingan ini akan dipertontonkan kepada umum dan peminat dari Singapura akan dapat membeli tiket untuk menyaksikan ia secara langsung.

Siapakah yang akan lebih mendominasi kali ini? Nyatakan pendapat anda di ruangan komen.

Kejohanan dunia, M3 menyaksikan 16 pasukan akan bertanding untuk merebut gelaran juara dunia dan wang hadiah terkumpul sebanyak AS$800,000 (RM3.3 juta).