Macam mana nak counter Aamon? guna lima hero ini

By Mike Hayate | November 22, 2021

Aamon sudah keluar di Mobile Legends dan ramai kini menghadapai masalah untuk berlawan denganya.

Ini sebenarnya normal untuk semua hero baru tetapi Aamon memberi masalah seperti menjadi antara hero yang sangat bagus digunakan ketika war atau mengejar musuh.

Aamon mempunyai burst yang baik dan juga mobility yang membuat pihak lawan terganggu dengan posisinya.

Mobile Legends Aamon: Abilities, Release Date, Price, What We Know So Far

Tetapi, semua hero pasti mempunyai kelemahan terutamanya terhadap beberapa hero tank.

Ditambah pula pemain perlu mempunyai map awareness baik dan juga permainan makro yang baik untuk menggunakan Aamon.

Lima hero terbaik untuk mengalahkan Aamon:

1.Ruby

5 Hero Counter Ruby Mobile Legends – Game News

Salah satu Fighter yang boleh menjadi counter baik berlawan Aamon ialah Ruby.

Ruby mempunyai banyak crowd control (CC) di dalam Mobile Legends.

Dengan skill Be Good dan Don’t Run, Ruby mampu mengalahkan Aamon dengan crowd control yang ada.

2. Chou

Chou Ml Wallpapers - Top Free Chou Ml Backgrounds - WallpaperAccess

Chou sudah banyak menjadi counter untuk beberapa hero lain di dalam Mobile Legends.

Sama seperti Ruby, Chou mempunyai CC yang kuat boleh membuat pihak musuh tidak bergerak.

Dengan menggunakan Jeet Kune Do dan The Way of Dragon, dua skill ini membuat Aamon tidak dapat lari dari Chou.

Apabila Aamon diserang dengan Ultimate Chow, Aamon tidak akan berpeluang langsung untuk melakukan serangan balas.

3. Eudora

340580 Eudora, Emerald Enchantress, Mobile Legends Bang Bang, MLBB, ML,  Video Game, Skin 4k wallpaper - Mocah HD Wallpapers

Eudora mungkin menjadi sasaran mudah untuk Aamon.

Tetapi Eudora yang sentiasa mengambil tahu pasal situasi dalam peta pasti dapat mengalahkan Aamon dengan cepat.

Kombo mudah Eudora dengan burst damage yang tinggi sudah cukup untuk mengalahkan Aamon.

4. Lancelot

Slice through the battlefield with Swordmaster Lancelot | ONE Esports

Aamon adalah assassin jadi jumlah nyawanya adalah rendah dan mudah untuk dikalahkan oleh Lancelot.

Lancelot mempunyai skill untuk mengelak kuasa Aamon dan kombo yang digunakan mudah untuk mengalahkan Aamon.

5. Franco

15+ Wallpaper Franco Mobile Legends (ML) Full HD for PC, Android & iOS

Tank yang mampu untuk counter Aamon ialah tank yang mampu untuk menghentikan pergerakan mana-mana hero.

Menggunakan skill Bloody Hunt, Aamon tidak dapat bergerak untuk 1.8 saat. Itu adalah masa yang sudah cukup untuk mengalahkan Aamon dengan bantuan rakan sepasukan yang lain.

Jadi inilah lima hero yang sesuai untuk menjadi counter Aamon jadi selepas ini anda boleh melawannya dengan tenang.