Macam mana nak counter Paquito? Guna tiga hero ini

By Mike Hayate | November 17, 2021

Paquito menghantui perlawanan ranked Mobile Legends dan masih menjadi S tier tidak kira perlawanan kompetitif atau kasual.

Keupayaan Paquito yang mampu bertahan di lane ditambah dengan mobiliti dan damage yang besar membuat hero ini sangat kuat.

Paquito pada awalnya menjadi hero yang wajib dikenakan ban. Jom kita lihat 3 hero yang boleh counter Paquito:

Hylos

Hylos dapat menjadi counter untuk Paquito tetapi perlu menjadi Hylos EXP lane.

Dipelopori oleh Butsss dari ONIC Esports, beliau menggunakan Hylos EXP lane untuk mengalahkan Paquito di MPL ID Musim Kelapan.

Hylos mampu membuat banyak damage magikal yang berterusan dan berkemampuan untuk stun Paquito dan menggagalkan kombonya.

Paquito juga akan menghadapi masalah apabila cooldown kombonya terganggu. Jadi Hylos mampu untuk mengalahkan Paquito jika tahu caranya.

Bane

Bane Mobile Legends : Lord of Heptaseas – Mobile Legends Tips and Tricks

Bane menjadi salah satu hero yang sangat popular untuk patch kali ini. Keupayaan Bane yang begitu serba boleh mampu untuk mengumpan Paquito.

Ditambah dengan healing, mobiliti pantas dan damage yang sangat besar dari semua skill sesuai untuk menjadi counter hero jarak dekat seperti Paquito.

Esmeralda

Build Esmeralda terbaik, Mobile Legends, MPLI 2021

Esmeralda juga mampu untuk mengalahkan Paquito dengan kemapuannya untuk melompat ke belakang pihak lawan dan berlawan satu lawan satu dengan hero melee.

Malah, Esmeralda mampu untuk berlawan dengan Paquito tanpa pertolongan hero lain.

Esmeralda mampu untuk menyerap Shield dari skill 1 Paquito dan mampu berlawan secara jarak dekat dengannya tanpa kehilangan HP yang banyak.

Sumber rujukan: ONE Esports