Macam mana nak senang naik ke Mythic? Guna 3 hero Assassin ini

By Hazrul Md Nor | May 14, 2022

Hero assassin adalah salah satu tonggak utama di dalam permainan peranti mudah alih Mobile Legends.

Mereka memainkan peranan penting dalam memastikan pasukan mereka memenangi lane. Hal ini kerana mereka akan melakukan rotasi untuk menumbangkan musuh serta mendapatkan objektif iaitu Turtle dan Lithowanderer.

Untuk mereka yang baru mula belajar bermain hero assassin, hero ini sesuai digunakan sebagai jungler.

Mereka memerlukan purple dan orange buff untuk meningkatkan kekuatan abiliti dan skill. Penulis ingin berkongsi tiga hero yang sangat popular di kalangan assassin. Mereka adalah:

HAYABUSA

Hayabusa seperti yang kita maklum adalah seorang ninja yang mampu bergerak di dalam peta dalam sekelip mata.

Skill Ninjutsu: Quad Shadow membantu Haya untuk farming dengan cepat serta menyelamatkan dirinya dari ditumbangkan oleh musuh.

Selain itu, dengan bantuan dari skill Ninjutsu: Phantom Shuriken dan juga Ninjutsu: Trace of Shadow, dia mampu memberikan burst damage yang tinggi kepada musuh.

Kebanyakan pemain akan menggunakan skill Ninjutsu: Quad Shadow terlebih dahulu ke arah musuh dan menyerang menggunakan normal hit dan terus melancarkan Ougi: Shadow Kill untuk menamatkan riwayat musuh.

Jika anda bermain Hayabusa, pastikan anda melakukan farming terlebih dahulu. Elakkan dari terlalu rakus untuk melakukan ganking ke arah musuh yang anda tidak pasti untuk mendapatkan kill.

Ini kerana ia akan memperlahankan anda untuk mendapatkan barang core seperti War Axe dan Endless Battle. Hayabusa tanpa barang core tidak begitu menakutkan dan mudah sahaja musuh untuk menjatuhkannya.

LANCELOT

https://www.youtube.com/watch?v=8VS4eEYf5qg&feature=emb_title

Hero ini memerlukan kemahiran dan ketangkasan tangan anda menekan skill di waktu yang tepat.

Lancelot mempunyai damage yang sangat tinggi di awal permainan. Power spike yang dimiliki Lancelot akan bertahan sehingga ke mid game. Oleh kerana itu, dia memerlukan seorang lagi damage dealer yang akan membantunya di fasa late game.

Lancelot boleh melakukan farming dengan kadar yang pantas dengan penggunaan skill Puncture dan Thorned Rose.

Puncture boleh digunakan untuk bergerak pantas di dalam peta sementara Thorned Rose dan Phantom Execution digunakan untuk menumbangkan musuh.

War Axe adalah item yang sangat sesuai untuk permulaan permainan kerana ia akan membantu Lancelot untuk bergerak lebih pantas dan mempunyai damage yang tinggi.

Ditambah dengan Blade of Despair dan Endless Battle, Lancelot mampu untuk melakukan tugas menghancurkan pertahanan belakang pasukan musuh.

LING

Hero yang terakhir di dalam carta adalah Ling. Ling menjadi popular semenjak dimasukkan ke dalam Land of Dawn.

Skill pertama Ling iaitu Finch Poise mampu menjadikannya hero yang sangat pantas bergerak di dalam peta dan juga digunakan untuk melarikan diri di dalam musuh.

Kebiasaannya, Finch Poise digunakan bersama Defiant Sword untuk melakukan burst damage ke arah musuh.

Selain itu, kombo ini juga digunakan untuk memberikan serangan hendap terhadap musuh yang sedang melakukan farming.

Jika mereka tidak memerhatikan anda di dalam peta, pasti akan mudah menjadi mangsa serangan hendap dari Ling.

Seperti Hayabusa, Ling juga memerlukan barang core untuk menjadi jungler yang kuat. Anda harus memberikan fokus 100% untuk melakukan farming dan elakkan pergaduhan di minit awal permainan sementara anda mengumpul gold untuk membeli War Axe.

Jika digunakan dengan betul, Ling mampu menjadi assassin yang sangat berbahaya dan licik.

Jika anda masih belum mencuba hero-hero ini, sila lihat video tutorial di atas untuk mempelajari serba sedikit mekanik mereka.

Tiga hero ini mampu membawa anda ke rank yang lebih tinggi jika anda sudah mampu menggunakannya dengan betul.