Maggi Hot Cup Charity Influencer Showdown – main Mobile Legends bersama Soloz dan pempengaruh lain

By Hazril Md Nor | September 21, 2020

MAGGI® Malaysia dan ESL meneruskan kolaborasi mereka untuk membangunkan e-sukan di Malaysia dengan menyediakan peluang kepada pemain game berentap dalam kejohanan e-sukan MAGGI® HOT CUP® Community Tournament Season 2.

Kejohanan komuniti ini menyediakan keseluruhan RM6,000 dan 10,000 Diamonds MLBB. Paling menarik, empat kejohanan diadakan sepanjang Oktober ini memberi peluang kepada juara untuk dijemput ke MAGGI® HOT CUP® Charity Influencer Showdown yang disertai oleh Soloz, Moon (Todak), Ai Gaming, Karakuri dan Lin LP.

Kejohanan ini memfokuskan pada peringkat akar umbi dengan memasukkan penyertaan pemain amatur, pemain profesional dan bakat-bakat dalam komuniti MLBB.

Selain itu, sebanyak RM20,000 akan diderma kepada penuntut universiti dan pelajar sekolah yang memerlukan untuk membantu proses pembelajaran dan kemudahan Internet.

“Komuniti e-sukan di Malaysia sentiasa menjadi fokus kami dan kami teruja untuk melanjutkan kolaborasi bersama MAGGI® Malaysia yang berkongsi fokus sama,” kata Caitlin Kang, Pengurus Operasi ESL Malaysia.

“Inisiatif ini sangat bermakna dan di musim kedua ini kami teruskan usaha dengan menghubungkan e-sukan dan juga aktiviti amal,” katanya.

Kejohanan ini akan berlangsung pada 30 September, 7 Oktober, 14 Oktober dan 21 Oktober. Peserta boleh menyertai dengan mendaftar DI SINI.

Saksikan siaran langsung MAGGI® HOT CUP® Charity Influencer Showdown pada 7 dan 8 November 2020 pada jam 12 tengahari di Facebook ESL Malaysia dan juga Youtube.