Main Sebagai Predator Dalam Demo Predator: Hunting Grounds

By Burhanudin Zamri | March 2, 2020

Predator: Hunting Grounds diumumkan pada pertengahan tahun lepas. Ia merupakan sebuah permainan video berdasarkan siri filem Predator yang dahulu dibintangi oleh Arnold Schwarzenegger.

Illfonic, studio pembangun Predator: Hunting Grounds, mengumumkan bahawa demo terhad untuk permainan tersebut boleh dimain dari 27 Mac sehingga 29 Mac 2020 di PC dan PlayStation 4 (PS4).

Untuk pemain PC, demo tersebut hanya boleh dimuat turun melalui Epic Games Store.

Predator: Hunting Grounds merupakan sebuah permainan video multi-pemain asimetri (asymmetrical multiplayer) di mana seorang pemain akan main sebagai makhluk asing Predator dan buru empat pemain lain yang bermain sebagai manusia.

Pemain pasukan manusia perlu pastikan mereka hidup sehingga helikopter tiba untuk menyelamatkan mereka. Kedua-kedua pihak akan diberikan pelbagai senjata dan kebolehan untuk menyelesaikan misi masing-masing.

Permainan video ini akan dilancarkan pada 24 April 2020 untuk PC dan PS4.

Sumber: PlayStation

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.