Malaysia Cyber Games Kembali Dengan Prizepool RM300,000 – Pendaftaran Untuk 8 Game Dibuka!

By Hazril Md Nor | January 2, 2018

Sebelum ESL One Genting membuka tirai di Resorts World Genting pada 26 Januari ini, nampaknya peminat e-sukan boleh menonjolkan bakat mereka dengan mengambil bahagian dalam kejohanan Malaysia Cyber Games yang membuat kemunculan kembali tahun ini.

Pada 13 hingga 14 Januari, MCG akan berlangsung di Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur dengan hadiah wang tunai terkumpul sebanyak RM300,000. Banyak tu! Penulis boleh katakan pemain profesional dan amatur dari serata Malaysia akan menyertai kejohanan ini begitu juga dengan yang datang untuk bagi sokongan pada favorite team masing-masing.

MCG yang mendapat sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ini akan mempertandingkan 8 game iaitu Dota 2, Mobile Legends, FIFA 18, CS:GO, Tekken 7, Street Fighter V, Injustice 2 dan F1 2017.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran segera, korang boleh refer di laman web rasmi Malaysia Cyber Games 2018 di SINI.